Thursday 4 April 2013

6D MOTION ADVENTURE

Assalamualaikum dan bersyukur kepada Tuhan kerana kita masih hidup dan masih bernafas di hari ini...Agak lama juga Anne tak update blog sebab busy dengan kerja di pejabat dan hari tu cuti kecemasan untuk menjaga AARON yang kena demam campak...

Hari ni Anne nak kongsikan pengalaman menonton 6D di Starmall Mentakab Pahang

Tiket masuknya RM15 bagi dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak..Kalau beli 3 tiket percuma 1 tiket..
Kalau nak jimat, beli 2 tiket dewasa dan 1 kanak-kanak..baru RM42 dan percuma 1 tiket tidak kira dewasa atau kanak-kanak...Filem cuma 15 minit..

Kita boleh pilih filem apa yang nak ditonton..Ia panggil 6D sebab selain gambarnya  3D.. ada effect-effect lain seperti percikan air, ada angin dan petir..  Real je..Kalau lalu kat semak samun, kaki pun rasa terkena semak-semak tu...

Kawan-kawan cubalah...seronok...Sekali tayangan cuma ada 8 orang yang boleh menonton pada satu-satu masa..

Selain 6D, kat Starmall pun ada VINCCI , ada POPULAR...seronok...sebab ada kedai buku..promote sikit..hihi..
Okay kawan-kawan..nanti sambung lagi..

MAMA, HAIKAL DAN AARON(MIA TAK ADA DALAM GAMBAR SEBAB PAPA TENGAH DUKUNG..
DI SKRIN TU ORANG KAT LUAR BOLEH TGK KITA YANG TENGAH MENONTON 6D


No comments:

Post a Comment