Thursday 6 December 2012

JANGAN BERBANGGA !

" Jangan berbangga dengan Calvin Klein dan Armani Exchange kita, kerana pakaian terakhir kita hanyalah kain kafan dan minyak wangi kita adalah kapur barus."

" Jangan  berbangga dengan BMW dan Caldina GTfour kita, kerana kenderaan terakhir kita hanyalah keranda yang akan diusung."

" Jangan berbangga dengan banglo dan kondo kita, kerana tempat beristirahat kita yang terakhir adalah kubur."

" Jangan berbangga dengan ketampanan atau kecantikan pada rupa kita, kerana akhirnya kita hanya menjadi santapan si cacing dan serangga."

Kita hanyalah makhluk Allah s.w.t yang diciptakan daripada tanah dan akhirnya akan dikembalikan ke tanah juga, untuk menghadap Ilahi.  Mungkin hari ini sahaja kita dapat 'menongkat langit' .  Tetapi, bagaimana pula dengan esok dan lusa?

Ya ALLAH , tolong ingatkan saya bahawa saya hanya insan yang hina di sisi-Mu

CREDIT TO : TOLONG INGATKAN SAYA : DZULHILMAN ROSLAN

Wednesday 5 December 2012

SIAPAKAH AKU?

SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman AS

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia menyebut
"Innalillahi wainna illaihi rajiuun."  Lalu sambil berkata : " Ya Rabbi, aku reda dengan ketentuan-Mu ini," sambil mengukir senyuman

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada, dan tidak lupa dengan kenikmatan dunia yang sementara

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mahu mengumpul harta.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik

SIAPAKAH ORANG YANG  MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati, membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?

Orang yang  mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?

Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

CREDIT TO : TOLONG INGATKAN SAYA : DZULHILMAN ROSLAN...

Monday 3 December 2012

Sekitar Majlis Pernikahan Angah dan Fahmi..16&17 Nov 2012

Sebelum Akad Nikah
Ayong, Qaireen, AKmal dan Angah
Mia pun sibuk tengok papa amik gambar
Angah , Mama dan Rayyan




Upacara batal air sembahyang
Keluarga Angah

Keluarga Fahmi

Mama dan AAron

Mama , Mia dan Haikal

Pelamin Angah

Salam.. Pada 16 November 2012 yang lalu, berlangsungnya majlis akad nikah antara Nur Hafizatul Asma bt Aznan yang lebih dikenali sebagai Angah (Haikal yang panggil) dan Mohd Fahmi b. Boestame yang berlangsung di Masjid Besar Bentong....

Majlis bermula selepas Solat Asar dan termeterailah perkahwinan mereka dengan hanya sekali lafaz...

Kalau tengok pada gambar tu, seronok betul Haikal dan Mia... tapi dia tak tahu setelah bergelar isteri tiada lagi Angah yang dulu boleh bawak Haikal jalan2 g PM petang2, g The Store , g Kedai RM2, g klinik bawak Mia demam, g KL amik Akmal dll...

Nak buat mcm mana , setiap yang hadir dalam hidup kita mesti akan pergi meninggalkan kita...Yang kekal hanyalah Allah s.w.t...Mama plak feeling lebih...Rindu tu kat Angah...Dah rapat macam adik beradik...

Selepas majlis akad selesai, balik semula ke rumah untuk majlis batal air sembahyang .. tapi Haikal sempat g gunting rambut dulu..yelah..nak hensem sok, nak bergambar dengan pengantin...konon nak buat rambut pacak...tapi Nyonya gunting rambut NEE cakap mana boleh buat pacak..rambut lembut macam rambut papa....xpelah..gunting pendek jelah yek...

Makan mee kari petang tu..besh..tapi xde gambar plak yek..Mama kan suke mee kari...terutama yang ada kerang...

Selepas makan balik..sok nak datang lagi umah Angah...
cite pun bersambung ...to be continue...


Sekarang Angah tinggal di Gopeng..Rindu kat Angah la...