Assalamualaikum anne ucapkan kepada kawan-kawan..Rasanya dah lama tak update blog ni...Anne busy sikit dengan kerja pejabat...Hari ni Anne ada terbaca suratkhabar Utusan..Ada beberapa petua yang Anne nak kongsikan kepada kawan-kawan..
1) Kepada ibu-ibu yang baru bersalin yang menghadapi masalah susu kering mungkin boleh mencuba petua ini untuk merangsang air susu...
Ambil beberapa helai daun durian belanda, rebus dan minum airnya. Air rebusan ini bukan saja baik untuk merangsang susu ibu, bahkan boleh mengeluarkan peluh sebagai kaedah rawatan selesema, demam panas dan batuk..
2) Jika anda mengalamai kesan terbakar pada kulit, bolehlah mencuba petua ini. Buah delima memang diketahui mempunyai banyak khasiat. Begitu juga dengan bunganya yang membantu melegakan kesan terbakar pada kulit. Caranya, tumbuk halus bunga delima dan dicampur minyak bijan untuk dijadikan ubat dan pupuk pada tempat terbakar.
3) Bisul...Kalau terkena pada kita, mesti tak selesa kan, Kalau orang-orang tua dahulu berkata, jangan duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul..Sedangkan bisul terjadi apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.
Anda mesti tidak tahu daun betik yang biasanya dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan boleh melegakan bisul. Anda cuma perlu tumbuk lumat dan sapu pada ulser, bengkak,bisul, sakit sendi dan luka bernanah. Air rebusan daun betik juga boleh diminum untuk melegakan asma, malaria, darah tinggi dan membunuh cacing dalam usus.
4) Petua yang berikut ini amat berguna kepada perokok-perokok diluar sana..Ini kerana rokok boleh mengaratkan gigi. Gigi yang berkarat boleh menjejaskan penampilan diri..Tapi janganlah bimbang kerana ada beberapa petua lama yang mudah untuk memutihkan dan mengilatkan gigi tanpa perlu membeli alat pemutih gigi yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang tidak diketahui kesannya kepada diri kita.
Antara petuanya ialah, bakar beberapa helai daun kelapa kering, ambil abunya dan gosokkan pada gigi setiap pagi. Lakukan berulang kali dan In Syaa Allah gigi anda akan putih berkilat..
Harap kawan-kawan dapat mencuba petua-petua tersebut dan bolehlah berkongsi pengalaman anda di ruangan komen..
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca...
Sesungguhnya tiada penyakit yang tiada penawarnya , kecuali mati...
PINKGRADESCRAFTSHOP ORDER FORM
13 years ago
No comments:
Post a Comment