Thursday 6 December 2012

JANGAN BERBANGGA !

" Jangan berbangga dengan Calvin Klein dan Armani Exchange kita, kerana pakaian terakhir kita hanyalah kain kafan dan minyak wangi kita adalah kapur barus."

" Jangan  berbangga dengan BMW dan Caldina GTfour kita, kerana kenderaan terakhir kita hanyalah keranda yang akan diusung."

" Jangan berbangga dengan banglo dan kondo kita, kerana tempat beristirahat kita yang terakhir adalah kubur."

" Jangan berbangga dengan ketampanan atau kecantikan pada rupa kita, kerana akhirnya kita hanya menjadi santapan si cacing dan serangga."

Kita hanyalah makhluk Allah s.w.t yang diciptakan daripada tanah dan akhirnya akan dikembalikan ke tanah juga, untuk menghadap Ilahi.  Mungkin hari ini sahaja kita dapat 'menongkat langit' .  Tetapi, bagaimana pula dengan esok dan lusa?

Ya ALLAH , tolong ingatkan saya bahawa saya hanya insan yang hina di sisi-Mu

CREDIT TO : TOLONG INGATKAN SAYA : DZULHILMAN ROSLAN

Wednesday 5 December 2012

SIAPAKAH AKU?

SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman AS

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia menyebut
"Innalillahi wainna illaihi rajiuun."  Lalu sambil berkata : " Ya Rabbi, aku reda dengan ketentuan-Mu ini," sambil mengukir senyuman

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada, dan tidak lupa dengan kenikmatan dunia yang sementara

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mahu mengumpul harta.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik

SIAPAKAH ORANG YANG  MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati, membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?

Orang yang  mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?

Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

CREDIT TO : TOLONG INGATKAN SAYA : DZULHILMAN ROSLAN...

Monday 3 December 2012

Sekitar Majlis Pernikahan Angah dan Fahmi..16&17 Nov 2012

Sebelum Akad Nikah
Ayong, Qaireen, AKmal dan Angah
Mia pun sibuk tengok papa amik gambar
Angah , Mama dan Rayyan




Upacara batal air sembahyang
Keluarga Angah

Keluarga Fahmi

Mama dan AAron

Mama , Mia dan Haikal

Pelamin Angah

Salam.. Pada 16 November 2012 yang lalu, berlangsungnya majlis akad nikah antara Nur Hafizatul Asma bt Aznan yang lebih dikenali sebagai Angah (Haikal yang panggil) dan Mohd Fahmi b. Boestame yang berlangsung di Masjid Besar Bentong....

Majlis bermula selepas Solat Asar dan termeterailah perkahwinan mereka dengan hanya sekali lafaz...

Kalau tengok pada gambar tu, seronok betul Haikal dan Mia... tapi dia tak tahu setelah bergelar isteri tiada lagi Angah yang dulu boleh bawak Haikal jalan2 g PM petang2, g The Store , g Kedai RM2, g klinik bawak Mia demam, g KL amik Akmal dll...

Nak buat mcm mana , setiap yang hadir dalam hidup kita mesti akan pergi meninggalkan kita...Yang kekal hanyalah Allah s.w.t...Mama plak feeling lebih...Rindu tu kat Angah...Dah rapat macam adik beradik...

Selepas majlis akad selesai, balik semula ke rumah untuk majlis batal air sembahyang .. tapi Haikal sempat g gunting rambut dulu..yelah..nak hensem sok, nak bergambar dengan pengantin...konon nak buat rambut pacak...tapi Nyonya gunting rambut NEE cakap mana boleh buat pacak..rambut lembut macam rambut papa....xpelah..gunting pendek jelah yek...

Makan mee kari petang tu..besh..tapi xde gambar plak yek..Mama kan suke mee kari...terutama yang ada kerang...

Selepas makan balik..sok nak datang lagi umah Angah...
cite pun bersambung ...to be continue...


Sekarang Angah tinggal di Gopeng..Rindu kat Angah la...

Sunday 11 November 2012

Konvokesyen Haikal




Salam...sibuk betul mama start bulan November ni sampaikan xsempat nk post gambar haikal konvo pd 1 November 2012 berapa kali tergendala..asyik duk dlm draft je....

Gambar Haikal yang diambil sebelum konvo


Konvo haikal diadakan di dewan MPB . Semua tabika perpaduan sekitar Bentong terlibat..ramai betul kanak-kanak dan macam-macam ragam..

Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Hoh Khai Mun..

Haikal dah mula beratur masa ni....


Antara kawan yang baik dengan haikal...



Haikal dah nak naik pentas masa ni.nama haikal pertama dlm kelas dia dan nasib baik tabika haikal adalah tabika yg kedua dlm senarai untuk naik ke pentas. x lah lama menunggu...

Tahun depan haikal mungkin sekolah di tabika yg sama lagi...tapi kebanyakan kwn2 dah xde..tkr tadika len...xpe ye sayang..belajar kat mana2 pun sama.. semoga berjaya sayang mama ni...

Sijil yang diterima setelah tamat sesi persekolahan tahun 2012


Tarikh 4 Januari 2012 tu xboleh lupa tu....biarlah yang pertama dan terakhir...


Tuesday 30 October 2012

Stok EBM semalam


Salam...syukur alhamdulillah...inilah hasil yang dapat semalam...3 botol..tapi bukan sekaligus..yg pertama pkul 9.10 pg,yg kedua pkul 2.53 ptg dan yang ketiga pkul 5.24 ptg...dalam 8 jam bekerja dapat 3 botol...thanks Allah mengurniakan rezeki kepada AAron...biasa dapat 2 botol pun xpenuh mcm ni...dapat 4oz je..ni sampai ke penutup..kalau beku,xckup ruang dah..jangan pecah botol dah lah...
Thanks for SHAKLEE ALFAFA COMPLEX too.....

Monday 29 October 2012


Salam..Raya Haji tahun ni balik mentakab dulu...cam biasa haikal nak ke Starmall lah...nak main kereta...AAron cuma tgk dari dalam stroller je..
Aaron kate xpe,nanti sy bsr,saya race dgn abang....
Lepas tu prgi mcd sbb nak tgk mainan apa ada skrg...Ooo ada transformer (Optimus Prime) untuk haikal dan mainan nama apa ntah untuk mia...(seperti dalam gambar)
Lembu yang disembelih ni kuat..walaupun dah kena sembelih tapi masih boleh bangun,sampai lebih setengah jam tunggu nak tumbang balik..Haikal excited sebab first time tengok lembu disembelih dari mula sampailah tumbang...masa kecil  dulu pernah tengok..tapi rasanye dia dah tak ingat...tapi dia nak tengok lembu tu kena potong kepala,tp sorilah sayang...mama nak balik mempaga dah petang tu...tak boleh tunggu dah...
ini masa lembu dah tumbang balik...sempat bergambar..ini kampung papa haikal sebenarnya..tak sempat nak cerita dekat atas tadi...mia pun tengok masa lembu kena sembelih..tak takut sebab kecil lagi...tak faham apa-apa..mama je tak dapat tengok dari mula..

Tamat cerita pasal lembu haikal tengok ni ye maklong...Jom balik mempaga...Pakai PAPAGO beli dari PAKCIK NASIR a.k.a NASIR The Hackers..(dah buat iklan ini,royalti jangan lupa)

Tuesday 23 October 2012

Doa dan amalan untuk menambah susu ibu


Stok ESP shaklee yang baru terima hari ni...Mealshake dan alfafa pun ada....nanti bolehlah haikal dan mia minum...tak payah dah kecek esp mama yek... ni nak kongsi sesuatu dengan kawan-kawan...



Amalan yang betul penting untuk mengekalkan pengeluaran dan menambah susu ibu. Untuk pengetahuan semua, ini adalah tip dan amalan untuk menambah susu ibu yang wajib diingat :


1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. 

Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.


2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.

Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.


3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.

Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.


Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.

1. Doa

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

2. Zikir

Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.

3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60



Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."


Ayat 72-73 Surah Yasin

5. Solat sunat Dhuha

Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.



Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini. Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini.





“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)




Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Monday 22 October 2012

Spaghetti Aglio Olio

Salam...baru ni makan spaghetti olio kat kedai sholin power kat benus tu...memang sedap...ceritalah pada ALONG...dia pun suruhlah cari resepi... ni resepi yang jumpa di blog lain......sori...bukan nak copy & paste...cuma nak memudahkan along untuk salin resepi ni...dia xde masa nak search2 ni...adik jugak yang kena tolong...



Bahan-bahan

250 gm spaghetti
300gm makanan laut (Udang, sotong, ketam)
1/4 cawan olive oil
2 ulas bawang putih (kisar kering atau tumbuk)
1sk chili flakes
1sb oregano flakes
1sb parsley flakes
1/2sk lada hitam
1/2sk garam
1/2 kiub pati ayam

Cara-cara

Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.

Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.

Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.


Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.

Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.

Siap untuk dihidangkan.

p/s : Kalau dah masak nanti, janga lupa hantar rumah adik sikit yek....

Sunday 21 October 2012

Tolong Jaga Adik

Hari ini,abang kata nak tolong jaga adik...tak tahulah berapa lama je bertahan...adik bukan duduk diam...

Saturday 20 October 2012

ESP

Salam...hari ni nak kongsi dengan kawan-kawan pasal esp yang Anne minum....Jangan ingat esp hanya untuk tambah susu..banyak lagi kelebihan lain..memang mahal..tapi bagus untuk kesihatan dan kelebihan...
ESP tu apa..?
ESP tu adalah singkatan bagi Energizing Soy Protein (ESP).
 Ia merupakan salah satu produk TERHANGAT DI PASARAN!!! Jom kita tengok apa itu ESP Shaklee. ESP Shaklee ni dalam bahasa mudah adalah protein. Seperti mana kita perlu MAKAN untuk hidup, begitu juga dengan sel-sel dalam badan kita.
 Sel-sel dalam badan kita MAKAN apa...? Mereka MAKAN PROTEIN!!! Mana nak dapat protein?
Dari sumber protein harian kita? Ikan, Ayam, daging...? Cukupkah?

Sebenarnya, seperti yang anda sedia maklum, PROTEIN TERMUSNAH PADA SUHU TINGGI. So, kalau kita masak Ikan, ayam, daging, mana ada lagi PROTEIN????
So, tiada guna kita makan ikan, ayam, daging, sebab Protein di dalamnya telahpun termusnah! Anyway, untuk membekalkan PROTEIN ke dalam badan kita, itu sebablah kita perlu ambil ESP SHAKLEE.

 ESP SHAKLEE diperbuat dari Soya yang tulen, bukan Genetically Modified Organism (non GMO), dan ianya diproses dalam keadaan yang mana ketulenannya dijaga rapi! So, kalau ambil ESP Shaklee, apa kita dapat????
Sebenarnya bila kita bagi sel kita CUKUP MAKAN, so badan kita pun senang nak serap vitamin-vitamin lain yang kita makan... dan bila sel kita CUKUP MAKAN, makanya...
-kita pun kelihatan lebih muda dan cantik....
-kulit lebih anjal dan tegang
-ibu menyusu dan mengandung dapat membekalkan nutrien dan zat secukupnya kepada bayi...
 -kita lebih bertenaga (dan dengan cepat! protein soya dapat membekalkan tenaga dengan pantas)
-dan lain-lain

 Siapa yang patut ambil ESP Shaklee ni...
Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. Terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
 Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)
 Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
 Semua orang dewasa!!!! Tidak kira lah lelaki atau perempuan, bujang atau dah berkahwin, yang hamil ataupun sudah beranak .. cuma kanak-kanak kita tak advice ambil ESP SHaklee ni... mereka lebih elok kalau ambil Meal Shakes :)  

p/s: Sampai hujung bulan Oktober ni promosi harga runtuh ESP ni..sebab tu sibuk beli ESP..lepas2 ni harga ia cam biasa....
Tengah bercadang nak beli Mealshake untuk anak-anak pulak...

Friday 19 October 2012

Ceramah Agama

Ceramah agama hari ni oleh Ustaz Bakri ataupun dikenali dgn nama Ustaz Taliban..Kata ustaz sekarang orang panggil dia Ustaz Don 2....

Geng tab

Salam..ni lah ahli tab bru...tab dia paling bsr....huhu..... tgh dgr ceramah agama ke berwhatsapp tu....

Thursday 18 October 2012

Acai Berry Merbahaya??

Salam kawan-kawan... Hati-hati dengan Acai Berry...baca kat cni http://www.amirastudios.com/2012/09/saya-serik-dengan-acai-berry-abc.html panjang sangat cite nye..tapi sila buat rujukan mana-mana sebelum membeli produk kesihatan...
Cantik kan skin ni...tapi kat Bentong xde..$ 19.99 (darab 3)..jumpa di istyles.com... sekali tengok cam tudung sape yek kaler cam ni...

Wednesday 17 October 2012

Kursus Pembinaan Blog

Masih belajar...walaupun dah ada blog....tapi nape cam xboleh komen je ni....

Aaron Aziz

Bila tengok Abam Long Aaron Aziz pakai baju ni, mesti dah tahu berlakon cerita apa kan...Tapi xlayan pun... sebab xsuke heroin nya....