Friday 13 December 2013

TIPS RAWAT DEMAM

Assalamualaikum dan salam jumaat dari Anne..

Bersyukur kerana masih bernafas di atas muka bumi ini..
Dan bersyukur, setiap bulan rezeki masih bertambah2...

Berkat kesabaran dan usaha Anne...
Apa yang penting keinginan dan minat..

so, today Anne nak share dengan kawan-kawan Anne mengenai tips rawat demam...Sebab sekarang ni musim demam kan...Sebab keadaaan cuaca dan persekitaran ...

1) MULAKAN DARI KAKI

Teknik mulakan dari kaki ini adalah dengan jirus air  bermula dari kaki baru ke kepala...
Teknik ini bukan sahaja untuk bayi, kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh mengamalkannya setiap hari.

2) TEKNIK WET SOCKS

Mungkin kedengaran pelik, namun untuk pengetahuan kawan-kawan , teknik ini mampu merawat demam yang kawan-kawan hidapi mahupun si kecil..

Caranya, ambil sepasang stokin dari material kapas, basahkan dan pakaikan kepada mereka..Pastikan ia cukup panjang bagi menutup bahagian buku lali.  Ulangi sehingga suhu badan turun.

3) TIDAK PERLU ELAK AIR BATU 

Kebiasaannya ibu bapa akan melarang anak-anak mereka mengambil ais semasa diserang demam.  Namun hakikatnya, tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa air batu dilarang semasa demam sebaliknya digalakkan terutama untuk mereka yang mengalami masalah tonsil.

Tapi kaedah ni Anne tak guna kerana anak Anne memang tak minum ais..Aiskrim pun yang jenis macam cornetto tu bolehlah...tapi itu pun bukan selalu...sebab mereka jenis alah..Kalau makan, minum yang sejuk-sejuk ni akan batuklah kong kong...nanti selesema , kena pakai nebulizer pulak..

Mencegah lebih baik dari merawat kan...

Okay

4) MENGELUH MELAMBATKAN PENYEMBUHAN

Berdasarkan satu kajian di Australia, dikatakan semasa dalam tekanan sel-sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmiter iaitu neuropeptidey, satu bahan kimia yang merencat sistem pertahanan tubuh.  Oleh itu penyakit akan lambat sembuh jika anda mengeluh dan merasa tertekan.

Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) bagi merawat demam.  Sebagai contoh katakan demam yang dialami hanya beberapa hari dan selebihnya anda sihat.

Anda juga dicadangkan bertenang, menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh dan sendi yang terasa sakit.  Pendek kata , anda perlu bersikap positif.

5) PROBIOTIK PULIHKAN DEMAM

Secara umumnya probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat.  Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.  Menurut Profesor Patricia Conway dari Pusat Inovasi Biomarin Sains Bioteknologi dan Biomolekul , Universiti New South Wales, Sydney probiotik mampu memulihkan demam dan mempertingkatkan pertahanan badan.

6) HINDARI KAFEIN KETIKA DEMAM

Hindari penggunaan kafein ketika demam kerana ia membuatkan tubuh menajadi kering.

7) JANGAN SELIMUT

Dikala demam ramai yang suka selimutkan tubuh dengan selimut dan pakai pakaian yang tebal.  Sebenarnya tanggapan ini ternyata silap besar kerana udara panas dari tubuh tidak boleh keluar dan mengakibatkan suhu naik dengan mudah dan mendorong kekejangan

8) AMBIL SUHU BADAN

Ukur suhu ketiak dengan termometer empat kali sehari setiap empat hingga lima jam

9) TIDUR DAN REHAT

Tidur dan rehat merupakan kunci utama agar demam yang dialami segera sembuh.  Ia memberikan kesempatan kepada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif.  Kurangkan aktiviti dan kalau boleh ambil cuti rehat.  Walaupun olahraga dikatakan baik untuk melawan demam, namun di saat anda mengalami demam panas, ia bukanlah pilihan yang baik.

10) BANYAK MAKAN BUAH

Buah-buahan juga salah satu cara untuk melawan demam. Pilihlah buah yang mengandungi air seperti oren, epal, belimbing. Ia kaya dengan vitamin yang meningkatkan daya tahan tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.  Jika anda sukar menelan dan tekak terasa pahit, jadikan jus buah sebagai alternatif.

11) MADU MEMBERI TENAGA SEGERA

Madu mengandungi kalori yang tinggi dengan penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dalam darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh manusia.  Satu sudu besar madu menghasilkan 64 kcal tenaga, berbanding satu sudu besar gula pasir menghasilkan 46 kcal tenaga.  Madu memberikan kesan antimikrob iaitu menghalang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Madu asli juga memiliki daya antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.

12) MAKAN UBAT PENURUNAN PANAS

Pemberian ubat penurun panas tujuannya bukan menurunkan panas atau menyembuhkan penyakit melainkan memberi rasa selesa dan mengurangi rasa sakit.  Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.

13) MAKAN MAKANAN BERNUTRISI

Makan makanan bernutrisi pada saat demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun.  Pilihlah makanan yang mudah dicerna seperti bubur.

 Okay, itu antaranya tips2nya.

Harap info ini dapat membantu kawan-kawan ye..


PERLU MANDI ATAU TIDAK

Ada pendapat yang mengatakan elakkan mandi saat tubuh diserang demam..Ketahuilah, ia hanya mitos sahaja.

Bahkan mandi dengan air suam mampu membuatkan pori-pori dan pembuluh darah membesar sehingga mampu mempercepatkan proses panas tersebut keluar dari tubuh.  Mandi juga mampu menimbulkan rasa nyaman dan membunuh segala kuman di permukaan kulit.

SUP AYAM SEMBUHKAN DEMAM?

Sup panas dikatakan penawar mujarab untuk individu  yang diserang demam.  Sebenarnya panas sup tersebut yang memberi kelegaan kerana ia mampu mencairkan hingus dan sekaligus memastikan peredaran udara dalam hidung berjalan sempurna. 

Malah bahan-bahan yang digunakan seperti halia yang membantu dalam proses penyembuhan.  Bawang putih dan bawang merah dikatakan bersifat anti viral.  Halia pula telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia...

Kajian penyelidik Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati, untuk merawat selesema dan demam di kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang di dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat. Selain itu, zat protein daripada ayam merupakan zat penting untuk tubuh kita melawan virus.  

Penyediaan sup biasanya tanpa minyak juga dilihat sebagai kaedah masak yang sihat.

okay , sekian dahulu untuk kali ini, Anne akan kongsi lagi tips-tips untuk kawan-kawan..

mode: sekarang suka lagu REPVBLIK - SANDIWARA CINTA...


credit to ISIHAT DISEMBER 2013

Thursday 5 December 2013

TAHUKAH ANDA - PENGAMBILAN AIR MASAK

Assalamualaikum kawan-kawan..rasanya terlalu lama anne tak menulis disini..

Anne nak buat segmen baru, iaitu segmen TAHUKAH ANDA..

OK, STRAIGHT TO THE POINT...

Aspek utama untuk kesihatan buah pinggang ialah pengambilan air yang mencukupi..

Kawan-kawan tidak perlulah minum air 2, 3 liter sekaligus, tetapi minum sikit-sikit tapi sepanjang hari...

Pengambilan air juga perlulah mengikut usia dan badan masing-masing..

So, kawan-kawan lepas ni yang malas nak minum air tu, silalah minum okay..

MALAS nak ke tandas adalah alasan yang biasa Anne dengar bagi mereka yang tidak suka minum air ni.

Ada juga yang kata, malas makan suplemen SHAKLEE sebab nanti kena minum banyak air..

Aduh, ada juga yang macam ni yek...oppss termasuk juga SHAKLEE dalam ni..

Tapi FYI , bukan suplemen SHAKLEE je kena minum banyak air okay...

Apa-apa suplemen pun macam tu, cuma mereka tak cakap awal-awal masa kawan-kawan beli..sebab nanti kawan-kawan tak nak pulak beli ye bila tahu kena minum banyak air.(ini bagi yang tak suka minum air)

Lagi satu FYI ubat klinik yang kawan-kawan  dapat free dari Klinik Kerajaan atau Kawan-kawan beli di Farmasi tu, adalah ubat sintetik...

Ubat-ubat itu juga boleh merosakkan buah pinggang anda...

Jadi kesimpulannya di sini, jangan takut atau MALAS minum air ...

Ke kawan-kawan lebih suka berulang ke hospital nanti untuk cuci buah pinggang?

Renung-renungkan dan berubahlah yek bagi yang malas minum air masak tu...

FYI - For Your Information


ANNE- DARE TO DREAM

menulis sesuka hati...tapi ikut mood...tapi mood cam tak okay je..hahaha..

Thanks kerana sudi membaca...









Wednesday 2 October 2013

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Assalamualaikum anne ucapkan kepada kawan-kawan ...
Bersyukur kerana masih bernafas di bumi ini..
Hari ini Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai Shaklee Collagen Powder yang juga dikenali sebagai SCP.

Apa kandungan Shaklee Collagen Powder ini?

Untuk pengetahuan kawan-kawan, kandungan  utama SCP ini adalah dari sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain.

Ada lagi 7 kandungan tambahan dalam Shaklee Collagen Powder ini...

1. Ekstrak kerang-kerangan : Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

2. Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit.

3. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal

4. Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

5. Ekstrak Pfaffia : Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik.  Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

6. Ekstrak biji benih Camellia Japonica : Mengandungi asid oleik , sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi.  Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas

7. Vitamin B dan Vitamin C : VItamin-vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat , lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel dan vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

Apa istimewanya Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS ( Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.  Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.  Terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama    8 minggu (melalui ujian klinikal).

Macam mana bentuk Shaklee Collagen Powder

Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran.    1 kotak mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 15mg.



Tahan berapa lama Collagen Powder Shaklee ini

Untuk kesan yang lebih optimum , disarankan ambil 1 sachet setiap hari.  Jadi untuk sekotak penggunaan selama 15 hari.  Walaubagaimanapun kawan-kawan boleh ambil selang sehari untuk 30 hari penggunaan.

Cara makan Shaklee Collagen Powder

Sungguh mudah..Hanya campurkan 1 sachet Shaklee Collagen Powder bersama sebarang minuman kegemaran.  Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan kulit.  Jika sudah ambil ESP atau Mealshake , boleh juga dibancuh bersama-sama.  

Resipi yang boleh dicuba

Jus Twister Tropicana + Collagen - Milo / Serbuk COklat Cadbury -any fruit juice + Collagen .
Kawan-kawan bebas untuk mencampur collagen dengan mana-mana minuman ..Asalkan bukan berkafein.

Siapa yang sesuai ambil Shaklee Collagen Powder ini

1. Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata,
2. Kesan bengkak bawah mata
3. Penglihatan kabur
4. Gusi yang tidak sihat
5. Rambut kering dan bercabang dihujung
6. Liang roma besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kering
7. Kelihatan tua dari umur sebenar
8. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
9. Payudara dan punggung kelenturan
10.Kehilangan kalsium , sakit belakang dan sakit sendi
11. Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan


Boleh tak Collagen Powder diambil bersama produk lain

Shaklee Collagen Powder boleh diambil bersama produk lain , cuma jarakkan masa antara 2-3 jam


Ibu menyusu boleh ambil Shaklee Collagen Powder

Ibu menyusu juga boleh mengambil Shaklee Collagen Powder . Jika anda dan bayi anda boleh terima suplemen Alfalfa, bermakna Collagen Powder juga Insya Allah tidak menjadi masalah.
Malah ada yang pernah beritahu setelah mengambil collagen , susunya mencurah-curah.
Jika kawan-kawan tidak pernah menggunakan Alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days, iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut-turut, jika tiada kesan kepada bayi dan kawan-kawan, bermakna kawan-kawan boleh teruskan pengambilan.  Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi , tiada perasa tambahan ..Jadi jangan takut untuk mencuba.

Macam mana rasanya?

Rasa Shaklee Collagen Powder macam ikan sedikit , tetapi rasa itu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. 

Harganya???

Harga Retail Shaklee Collagen Powder ialah RM298. JIka nak harga promosi yang sangat berbaloi, boleh hubungi Anne okay..

Jangan terkejut dengan harganya kerana harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen.  Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini.  Sumber dari ikan laut adalah sukar untuk diperolehi.

Jadi harganya setanding kualitinya
TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Sebarang tempahan atau pertanyaan bolehlah hubungi Anne di 017-9688187
fb Anne : Pinkgradesshop Encik Lopard
Shaklee id : 928105

BOLEH BELI SECARA ONLINE, HIGHLIGHT  LINK, KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9c16a45c187ff93ce1369ccefb4b2fa7

SUMBER : google.com
very-very thank you


Monday 5 August 2013

CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE

Siapa yang belum pernah dengar pasal CINCH ENERGY TEA MIX Shaklee..
Mesti ramai yang tidak tahu kan yang Shaklee pun ada Produk berasaskan Teh ni...

CINCH ENERGY TEA MIX ini termasuk dalam Set Kurus Shaklee...
Kenapa ye dia dimasukkan dalam Set Kurus Shaklee:

Sebab ia boleh membekalkan tenaga kepada yang tengah dalam proses diet yang sihat untuk kurus...

Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan kebaikan CINCH ENERGY TEA MIX ini

* sebagai penggalak TENAGA semulajadi
* Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
* Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
* TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.


Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX 

1) TAURINA
2)MATCHA GREEN TEA - Teh Hijau gred tertinggi dari Jepun
3)RED TEA EXTRACT
4)WHITE TEA - Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
5)ROOIBOS RED TEA- tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai 
THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA)

Tahukah kawan-kawan perbezaan Teh ini dengan teh-teh lain yang anda minum?

sebab banyaknya ekstrak dalam ia..

Mari Anne cerita fungsi-fungsi beberapa ekstrak yang ada dalam teh ini

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x

2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat

5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

CINCH ENERGY TEA MIX ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti di atas, 
malah ia :

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni...Memang amat bagus untuk buang berat badan berlebihan. 

Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil      CINCH ENERGY CINCH TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.

CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.

BOLEH MINUM DENGAN AIS
BOLEH MINUM PANAS diperah dengan  LEMON ATAU HALIA


Siapa yang nak order, bolehlah hubungi Anne 
sms /whatsapp untuk lebih cepat reply
017-9688187
fb anne : Pinkgradesshop Encik Lopard

BOLEH BELI SECARA ONLINE SEKARANG

HIGHLIGHT LINK , KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d09a7b61be7109f81eb8b9ace83ab6a1

jom follow blog anne untuk lebih promosi menarik

Friday 2 August 2013

UBAT SAKIT SENDI - ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT) SHAKLEE

Assalamualaikum ...Bertemu lagi Anne dengan kawan-kawan di Blog Anne yang tidak seberapa ini..Kali ini Anne nak berkongsi dengan kawan-kawan mengenai produk yang hot untuk sakit sendi dari Shaklee..

Advanced Joint Health Tablet Shaklee 


Satu formula yang menggabungkan bahan-bahan yang amat berkesan bagi menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan dan fungsi sendi yang sihat.


 Advanced Joint Health Tablet Shaklee 


Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

 
MENYOKONG KESIHATAN SENDI DENGAN 3 PERKARA


10 Kebaikan AJHT 

1. Menyokong ketidakselesaan sendi
2. Membantu kekalkan tulang rawan
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
4. Melancarkan pergerakan harian
5. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
6. Anti radang semulajadi 
7. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
8. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
9. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan , juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)
10. SANGAT-SANGAT BERKESAN ..KESAN POSITIF SELEPAS 5 HARI PENGAMBILAN

PERBEZAAN AJHT SHAKLEE DENGAN PRODUK LAIN
Untuk lebih baik, Anne syorkan AJHT ini diambil sekali dengan Ostematrix dan juga Omega Guard Shaklee.




SET SENDI SHAKLEE

- Omega Guard bertindak sebagai anti radang , menurunkan paras kolestrol dan juga menjaga kesihatan jantung.


- Ostematrix bersumberkan kalsium terbaik.  Ia menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kekejangan atau kebas (cramp)  dan juga pelancar bahan buangan badan.

Harga AJHT cuma RM 124.00 untuk 60 biji.. Lebih kurang RM2.++ Sebiji...dan disarankan ambil 2x sehari...berapalah sangat jika nak dibandingkan dengan makanan yang tidak berfaedah yang kawan-kawan sanggup habiskan sehari-hari.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Jangan berkira untuk melabur wang anda untuk makanan kesihatan atau suplemen kerana kesihatan tiada nilainya ..Buat apa ada wang yang banyak, tapi kesihatan anda tidak terpelihara,

Jangan pandang ringan dengan sendi kawan-kawan , kerana  sendi yang sihat membolehkan kita bergerak aktif setiap hari..Sendi sakit, nak jalan susah, nak buat itu ini pun susah..

Jangan tunggu lama...nak order, bolehlah

sms anne /whatsapp/line/kakao/we chat 0179688187
FB anne : facebook.com/pinkgradesshop.enciklopard

jangan lupa follow blog anne untuk maklumat terkini dan juga untuk promosi menarik..

BOLEH BELI SECARA ONLINE SEKARANG..
HIGHLIGHT LINK, KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f178151bb5b19ff12afedbff97983140

terima kasih..

sumber : google.com


Friday 19 July 2013

TANDA -TANDA ANDA HAMIL

Assalamualaikum..hari ni Anne nak kongsi dengan kawan-kawan yang masih tertanya-tanya bagaimana tanda-tanda awal kehamilan berlaku.

Anne pun keliru juga...tapi yang Anne perasan, Anne jadi tak nak makan nasi, pandang nasi pun dah nak muntah...Bila dah jadi macam tu, Anne pun dapatkan Pregnancy Test Kit..tapi biasanya dah dekat 3 bulan baru Anne tahu yang Anne hamil.

ok, sekarang Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan tanda-tanda yang biasa terjadi di awal kehamilan

1. Rasa Lapar yang berpanjangan

Biasa terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan.  Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap sedialah membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman , kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung.  Walaubagaimanapun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa?  Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat.  Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung , buah dada anda akan menjadi sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid.  Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8/10 hari selepas ovulasi , anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi.  Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.  Ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil.  Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu asas badan anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

Jika kawan-kawan mempunyai 8 tanda di atas, TAHNIAH Anne ucapkan...dan bolehlah berjumpa doktor untuk pengesahan dan melakukan scan bagi memastikan kandungan normal dan tidak berlaku hamil diluar rahim.

ok..sekian untuk entry kali ini, berjumpa lagi di entry akan datang..
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca dan jangan lupa follow blog Anne okay..

Sumber: google.com


Thursday 11 July 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamualaikum kawan-kawan...Rasanya dah lama Anne tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog Anne yang tidak seberapa ini...

Ini baru ada masa terluang ...hari ni Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai Set Kesuburan Shaklee yang amat terkenal dan hangat sekarang dan dicari-cari pasangan yang mendirikan rumah tangga.

ok, straight to the point

Kehamilan dan zuriat adalah kurniaan yang paling berharga untuk setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.  Yang murah rezeki , dengan mudah mendapat berita gembira setelah mendirikan rumahtangga.  Namun ada juga pasangan yang diuji Allah swt , walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga, namun masih belum berjaya mendapat zuriat yang diinginkan. Ada yang mencuba pelbagai cara moden dan tradisional untuk mendapat zuriat, namun masih belum berjaya.  Anne nasihatkan janganlah berputus asa dan sentiasa berusaha dan berdoa kepad Allah swt.

Berikut, Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan beberapa tips yang dapat dikongsikan dengan kawan-kawan.  Tips ini Anne petik dari AlamHamil.com

11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopia).  Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.  Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor - faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor.  Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.  Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.  Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopio anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda.  Kawal berat badan dan cuba kira BMI ( Body Mass Index) anda. Jika BMI anda 20-24 , maka ia menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.  Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid teratur.  Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat.  Seks 3-4 kali seminggu disarankan dan pada hari-hari subur , berhubunganlah setiap hari.  Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas ( missionary position ).  Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.  Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor.  Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil MULTIVITAMIN

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.  Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8.Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan Yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.  PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.  Berita baiknya dengan mengawal hanya diet, kebanyakan wanita PCOS dapat men teratur haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat ( yang terdapat pada makanan segera)
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi , mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tidak logik jika tiada tekanan dalam hidup ini.  Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan .

cuba lakukan aktiviti - aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :-

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
11. Jauhi dadah , merokok dan minuman keras

Merokok, menggunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan  risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.  Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Harap kawan-kawan dapat mengamalkan tips-tips tersebut untuk mendapatkan cahaya mata..

dan sekarang baru Anne nak kongsikan mengenai Set Kesuburan Shaklee 

Set Kesuburan Shaklee untuk wanita mengandungi ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Alfalfa dan Gla Complex.

Manakala untuk lelaki mengandungi ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Vitamin E dan Zink.

Vitamin Asas (Family Wellness Set)

Vitamin asas untuk seisi keluarga boleh diambil oleh isteri dan suami.

ESP, Vitalea, B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

1. Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  Protein ialah makanan asas kepada sel.  Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.  ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vitalea

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.  Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C.  Vita -C Shaklee adalah jenis ' sustained release ' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan.  Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma.  Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

4. B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg).  Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan

5. Vitamin E & Selenium

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA&DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.  Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.  Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani.  Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zink

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu mengekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif  menuju ke ovum.Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA ( Deoxyribose Nucleid Acid).  Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.  Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.  Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

7. Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu mengatasi masalah keputihan , masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau ketika datang haid(makan alfalfa bersama kalsium) , dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah) . Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa juga membantu dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur.  Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai " Mukus Serviks Putih Telur(egg white cervical mucus)".  Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke tiub Fallopio dan ke telur (ovum).  Tambahan , cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur (waktu ovulasi)

Berikut di atas adalah vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, di samping meningkatkan tahap kesihatan kedua-dua suami dan isteri.
Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa, Allah swt yang menentukan segalanya.  Apa yang penting janganlah berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada Allah swt untuk dikurniakan cahaya mata yang sihat.  In syaa Allah...

Harap kawan-kawan dapat follow blog Anne dan Add Friends di Facebook Anne untuk mendapat harga istimewa dari Anne..

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi

Anne di facebook Pinkgradesshop Encik Lopard 
whatsapp /kakao/line/we chat di 0179688187..
shaklee id anne 928105

SEKARANG BOLEH BELI ONLINE
HANYA HIGHLIGHT LINK, KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0e364cf4a1a53aa0afe4627cbc86d145

Anne sedia membantu anda..untuk maklum balas yang cepat sila sms anne je ok..



Set Lengkap Kesuburan untuk Suami Isteri



Wednesday 5 June 2013

BUANG ANGIN, CIRIT BIRIT, LOYA HILANG DENGAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

Assalamualaikum kawan-kawan ... Hari ni Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai masalah angin atau gas dalam badan.

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

Ubahlah cara anda makan dan minum.  Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan.  Jika kawan-kawan merasakan dalam badan anda banyak angin, kawan-kawan mesti nak berjumpa doktor kan. Sebelum berjumpa doktor, kawan-kawan sebenarnya boleh mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin.  Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan adalah dengan buat ujian sendiri okay..Cuba dulu makan, kalau kawan-kawan sakit perut dan angin selepas makan, elakkan makan makanan tersebut lain kali okay..

Makanan yang mengakibatkan angin dalam badan adalah seperti :

1) Kacang
2) Sayuran seperti brokoli
3) Kobis
4) Taugeh
5) Bawang
6) Asparagus
7) Buah-buahan seperti pear, epal dan peach
8) Bijiran seperti roti gandum
9) Minuman ringan dan jus buah
10) Susu dan produk daripada susu dan keju
11) Makanan dalam paket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijiran dan sos salad.
12) Keledek

Terdapat pelbagai jenis petua untuk hilangkan angin dalam badan

1) Minum air halia
2) Minum air bawang putih
3) Minum Eno Halia

Tapi jika anda nak senang lagi , bolehlah mencuba 
RM45 sebiji 0.50 sahaja

Peppermint Ginger Plus Shaklee.


Ia merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur  dan dihasilkan di bawah prosedur standart dengan melalui penggunaan teknologi sains terkini.

Secara klinikalnya ia sangat membantu dalam menangani masalah

1) Loya
2) Gastrik
3) Mabuk Laut/Darat
4) Sendawa 
5) Penghadaman
6) Kencing Tidak Lawas
7) Melegakan Period
8) Cirit Birit
9) Menyamankan Perut

Manfaat Utamanya dalam 4 Herba yang terkandung di dalamnya

PUDINA 

1)Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.  

2)Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.

3)Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

4) Merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

5) Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

HALIA

1) Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun .

2) Ia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.

3) Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung , selepas melahirkan anak ( semasa pantang) 

4) Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia mengahalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita: penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat /mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan

POKOK ADAS (fennal)

1) Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakab gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)

1) Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.  

2) Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan , menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

REKOMENDASI

Untuk membantu penghadaman : 3 biji selepas makan

Untuk mencuci usus dan perut : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air panas suam untuk diminum

Untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba. ( Kawan-kawan boleh juga larutkan terus dalam air teh panas, jadilah Pepppermint Ginger Tea)

Untuk kelegaan tekak, batuk dan sendawa : Hisap 2 biji.

TIADA PERASA TIRUAN, PEWARNA atau BAHAN PENGAWET TAMBAHAN

Kawan-kawan yang ingin membeli bolehlah memilih untuk membuat pembayaran melalui CIMB atau MAYBANK..

BOLEH BELI SECARA ONLINE SEKARANG
HANYA HIGHLIGHT LINK, KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6c3a4ee6624ec8f6a1700123174d614e

Boleh juga hubungi Anne di

FB : Pinkgradesshop Encik Lopard
sms/whatsapp 0179688187
Shaklee ID 928105

Tuesday 4 June 2013

MEALSHAKE SHAKLEE - NUTRISI LENGKAP UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR

Assalamualaikum kawan-kawan..Pejam celik pejam celik dah bulan Jun. Sekejap je masa berlalu..Sekarang musim cuti sekolah. Anak-anak yang paling gembira bila cuti sekolah kan..

Dalam gembira-gembira, kesihatan pun perlu dijaga..Keadaan cuaca yang tidak menentu, panas, hujan menyebabkan anak-anak mudah mendapat penyakit seperti selsema, batuk dan demam..Pencemaran udara dan faktor pembangunan yang pesat juga menyebabkan anak-anak yang mempunyai antibodi yang rendah akan kerap tidak sihat.

Shaklee mempunyai produk berbentuk minuman protein untuk menguatkan antibodi sebagai perlindung dari sebarang serangan virus yang boleh membahayakan anak-anak ketika ini..

Tahukah kawan-kawan apakah itu MEALSHAKE...

Ia merupakan  minuman bernutrisi yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian..

Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan , sayur-sayuran , kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunogglobulin , lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Siapakah yang boleh mengambil MEALSHAKE ini..

Untuk pengetahuan kawan-kawan, MEALSHAKE ini dihasilkan untuk semua golongan
1) Bayi (atas nasihat doktor)
2) Pelajar
3) Kanak-kanak sedang  membesar
4) Ibu mengandung
5) Para Atlet
6) Vegetarian
7) Orang sakit
8) Orang Sibuk Bekerja
9) Orang yang selalu mengambil makanan segera (makan tidak tentu)

* Jika kawan-kawan mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat , MEALSHAKE SHAKLEE adalah pilihan yang tepat sekali.

Kawan-kawan..Jom tengok manfaat yang ada dalam canister MEALSHAKE 544 gram ini..

1. Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.  Ia juga mengan1dungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
* sesuai untuk mereka yang 'susah' menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.


2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa)

Membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dll

3. Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar

4. Antioksida - Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan komponen anti-oksidan yang bertindak melawan jangkitan dan untuk melambatkan proses penuaan.
* Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan

5. Mengembalikan Seri Wajah  - Mengandungi Vitamin B yang lengkap , zat besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

6. Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

7. Kelazatan rasanya -Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.

Selain itu juga, MEALSHAKE berperisa vanilla ini boleh :-

1) Mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan orang dewasa

2) Meningkatkan selera makan anak

3) Menangani masalah SEMBELIT pada kanak-kanak

4) Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

5) Amat sesuai diberi kepada anak-anak yang kerap selsema, demam dan batuk-batuk

6) Amat Bagus untuk orang dewasa yang ingin menambah berat badan ( diambil bersama Bcomplex,Vitalea)

7) Amat sesuai dijadikan instant sahur meal /breakfast sekeluarga


TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG PEWARNA DAN GULA TIRUAN. 
LAZAT UNTUK DINIKMATI OLEH SEMUA GOLONGAN
MEALSHAKE SHAKLEE

BOLEH BELI SECARA ONLINE SEKARANG..

HIGHLIGHT  LINK KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ac55b967f3e3b0edccf5be563e4a6016

Jika kawan-kawan berminat, bolehlah hubungi
Anne di
FB : Pinkgradesshop Encik Lopard
whatsapp/sms /call : 017-96888187

Thursday 23 May 2013

SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada kawan-kawan...
Hari ini Anne nak kongsikan mengenai Set Berpantang Shaklee kerana ramai kawan-kawan yang akan melahirkan tidak lama lagi..

ok...

Ibu-ibu hamil yang menunggu tarikh jangkaan bersalin mesti tercari-cari produk yang sesuai untuk berpantang nanti..Keinginan untuk cepat kurus, cantik, bertenaga, segar, mengembalikan keperawan membuatkan ibu-ibu tidak sabar untuk mengambil pelbagai jamu.

Tidak salah untuk mengambil jamu selepas 14 hari bersalin, namun ia boleh meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning menurut Pakar Perubatan Dr. Sharifah Khatijah Syed Hassan.. Apatah lagi jika ibu bayi memiliki darah jenis O. Menurutnya lagi, memang normal bayi kuning selepas dilahirkan namun ia adalah tanda awal kepada masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat.

Disini bukanlah Anne nak menyatakan tidak elok mengambil jamu tetapi kesan kepada bayi kawan-kawan sebab jamu adalah sebatian kompleks.Bila ibu makan jamu, elemen jamu dipindah kepada bayi anda melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk menapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu dan ini akan membebankan hatinya..

Ok, straight to the point..

Kita makan jamu untuk pulih tenaga, selain jamu terdapat suplemen yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana untuk kekal bertenaga , cantik dan segar disamping boleh mengembalikan bentuk badan kepada asal..(istiqamah dan bersabar)..Di sini Anne syorkan Set Berpantang Shaklee..

Kenapa kawan-kawan perlu memilih set ini kerana :

1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.

2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee

Berikut adalah produk yang disyorkan kepada Ibu berpantang...

1) Bcomplex dengan Asid Folik

- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
-  Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..

2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Zink
- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman.  Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan.  Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.  Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

5) Energizing soy Protein-  ESP
- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.
- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.
- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepat dan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil

6) Alfalfa
- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
- Membantu membanyakkan susu ibu.
- Membuang angin dalam badan dan
- Memulihkan urat selepas bersalin

7) Omega Guard
- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang
- Boleh mengurangkan sakit kepala
- Boleh mengekalkan tekanan darah normal
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.


Berikut adalah produk-produk yang terdapat dalam set berpantang..
Set Lengkap Shaklee

Omega Guard juga termasuk dalam set lengkap



BOLEH BELI SECARA ONLINE SEKARANG.

 HIGHLIGHT LINK TERSEBUT DAN KLIK KANAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=edd6a7e04e7f4dd932a5c44f282f9b4e

Disini Anne juga sertakan  link bagi pemakanan ibu yang berpantang dan menyusu

Bagi ibu-ibu dan kawan-kawan yang berminat, bolehlah menghubungi Anne di http://www.facebook.com/pinkgradesshop.enciklopard
whatsapp atau sms  0179688187...


credit to google.com
 

Saturday 18 May 2013

PETUA HILANGKAN SEMBELIT dengan SHAKLEE

Assalamualaikum kawan-kawan..Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih bernafas dan dapat melihat wajah yang tersayang di pagi ini...

Hari ini Anne nak kongsikan petua dan cara untuk hilangkan sembelit yang boleh membawa kepada penyakit Buasir..

Dengar perkataan Sembelit mesti kawan-kawan dah terbayang kesakitannya...Ibu-ibu hamil juga biasanya mengalami masalah ini dan ibu-ibu yang tengah berpantang...

Jangan lah cuba meneran atau paksa ketika membuang air besar..opss bukan nak cerita yang kotor-kotor..tapi cuma nak berkongsi pengalaman...


Anne nak tanya kepada kawan-kawan :-

Adakah kawan-kawan

1) Sentiasa sakit ketika membuang air besar dan najis terlalu keras?
2) Rasa tidak selesa pada dubur seperti sakit dan gatal?
3) Keluar darah ketika membuang air besar?
4) Sukar untuk berjalan atau duduk disebabkan buasir
5) Sentiasa mengalami sembelit dan jarang sekali membuang air besar
6) Telah mencuba pelbagai cara termasuk membeli pelbagai jenis ubat dan krim untuk menghapuskan buasir namun ianya gagal dan sia-sia
7) Setiap kali selepas membuang air besar , anda terpaksa memasukkan semula benjolan yang keluar dari lubang anus



Jika YA..Mesti kawan-kawan dah terkena penyakit buasir....

Anne cadangkan kawan-kawan mencuba petua untuk hilangkan SEMBELIT ni dulu...

Cuba minum segelas susu dingin yang dicampur dengan sesudu madu setiap pagi dan petang.  Ini akan melunakkan kekotoran dan membersihkan usus dengan sebersih-bersihnya...

Kalau yang tidak suka minum susu bolehlah mencuba Ostematrix dari Shaklee untuk mengatasi masalah Sembelit yang boleh membawa kepada Buasir..

Harganya cuma RM61 dan cuma RM2.00 je sehari jika anda mengambil 4 biji sebelum tidur malam.


Anne pun amalkan Ostematrix ini kerana ia termasuk dalam Set Penyusuan 3M...Memang mudah nak ke tandas pagi-pagi hari..



Selain Ostematrix, HERBLAX juga sesuai untuk masalah sembelit ini..Gabungan kedua produk ini akan membantu menyelesaikan masalah kawan-kawan.


Janganlah bertangguh ye kawan-kawan..Elok-elok cuma ada satu je penyakit..Contohnya Sembelit je... Tapi disebabkan bertangguh dan tidak mahu merawatnya, alih-alih dapat dua jenis penyakit iaitu SEMBELIT dan BUASIR..

Apa yang penting, janganlah skip minum Air Masak..Amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter. sehari..Air bukan sahaja untuk hilangkan dahaga tetapi juga untuk tubuh badan kita..Kekurangan Air Masak bukan sahaja mengganggu sistem pencernaan kita malah kulit akan jadi kering dan mengundang banyak lagi jenis penyakit..

Post akan akan datang...Anne akan kongsikan kebaikan meminum air masak okay...

Sekian dulu..

Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut..


Bolehlah pm Anne di Fb : Pinkgradesshop Encik Lopard
https://www.facebook.com/pinkgradesshop.enciklopard?ref=tn_tnmn

atau sms/whatsapp 0179688187..
Shaklee ID 928105



Untuk membeli secara online boleh HIGHLIGHT link ini dan klik kanan open link

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7c99c295147d1724d147f57ca021b893

 Terima Kasih..


credit to google.com