Wednesday 2 July 2014

BATUK O BATUK

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi dengan kawan-kawan hari ni..

Biasa kalau kita batuk mesti ambil masa yang lama untuk sembuh kan dan pelbagai petua yang kita gunakan untuk hilangkan sakit ini..

Jadi, hari ini Anne nak kongsi dengan kawan-kawan mengenai batuk dan beberapa petua yang mungkin dapat membantu kawan-kawan..

Batuk merupakan satu jangkitan di kerongkong.  Ia akan menyebabkan tekak rasa gatal-gatal dan ingin terbatuk.  Bila kita batuk, kesan utama ialah pada paru-paru.

Organ ini akan bekerja melebihi had dengan mengepam udara untuk batuk, tekanan ini boleh menyebabkan paru-paru cedera, dan jika teruk batuk akan berdarah.  Minumlah air suam untuk mengurangkan gejala batuk dan elakkan makanan berminyak.

Jika kawan-kawan minum ubat batuk, cara minum yang betul adalah dengan cara perlahan-lahan. Biarkan ubat lalu di bahagian kerongkong dan kekal di sana dalam tempoh yang lama.

Ubat batuk adalah untuk kerongkong yang sakit, bukan untuk perut.  Jika terlebih minum akan memudaratkan perut kerana sifat ubat ini yang menghakis.

Selain, makan ubat , kita perlulah berikhtiar cara-cara yang digunakan oleh orang tua kita dan akhir sekali berdoa untuk kesembuhan sakit yang dihadapi.

Antara petua-petua yang boleh diamalkan adalah :-

Gunakan limau kasturi, kicap dan air suam..

Cara-caranya ialah

Perah 2,3 biji limau kasturi di dalam air suam, dicampur sedikit kicap.

Minum bancuhan ini, Insya Allah dengan izin Allah batuk akan berkurangan.

Jika tiada limau kasturi, limau nipis pun boleh digunakan. Perah sebiji limau nipis, dalam segelas air suam, minum perlahan-lahan, biar air limau  ini melalui kerongkong yang gatal dan ada kahak itu.

Air suam dapat mencairkan kahak, manakala limau nipis yang kaya dengan vitamin C akan dapat melegakan batuk. Amalkan seawal bangun tidur sebelum mandi di waktu pagi. 

Berikut, ada beberapa lagi petua : 
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
  • Kalau malas buat petua, ambil Garlic Shaklee..Anne dah cuba, alhamdulillah dah kurang batuk anne tau.


Sama-samalah berikhtiar dan selebihnya serahkan kepada Allah swt.

Selamat mencuba ye kawan-kawan..

dan terakhir

credit : google .com

HELLO KITTY DI SHELL SELECT

Assalamualaikum..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Dah lama Anne tak menulis kan..
Kepada yang menanti, harap maaf ye..Anne kesibukan sikit akhir2 ni..

Hari ni Anne teruja nak cerita mengenai Hello Kitty di Select..

Semalam pergi isi minyak di Shell Bentong..
Ternampaklah Hello Kitty dekat depan sebelum masuk pintu Select. Terus suruh Abang tanya macam mana nak beli Hello Kitty tu.

Abang keluar dan bawa air RED BULL dua dan kotak kecik Hello Kitty.. Abang kata kena beli RM5 apa-apa barang yang disenaraikan untuk layak membeli sekotak kecil Hello Kitty yang berharga RM9.

Kotaknya comel je dan patung Hello Kitty tersebut ada 10 design dan  kita tak boleh pilih nak patung yang mana.
Kiranya surprise lah..
Next time, harap tak dapat yang sama..

Muka depan kotak



Muka tepi

Muka tepi sebelah lagi
Muka atas
Tada...Inilah dia surprise nya..
Anne dapat Tokidoki Hello Kitty nombor 3.


Comel kan..Lepas ni Anne asyik nak ke Shell Select lah pulak ye..sebab nak Hello Kitty punya pasal.
.Anne nak yang warna pink tu..
Semoga dapat..okay.sekian dulu berita terkini Anne ni..
Nanti kita berjumpa lagi.
Sebelum tu, bulan ni Shaklee Promosi VIVIX..Wah, siapa yang nak cantikkan kulit, bolehlah beli 6 terus dan percuma sebotol.  Nanti Anne kongsi mengenai vivix pula yek..

#hellokitty
#tokidokihellokitty
#hellokittylovers
#sayajualshaklee


Saturday 10 May 2014

10 AMALAN HARIAN UNTUK KURUS

Assalamualaikum...dah lama anne tak mengemaskini blog kesayangan kerana kesibukan menanggung kerja dan kerana lappy rosak..

Now ada lappy baru, thanks papa...

Okay...disebabkan dah lama tak update blog, mesti ramai yang rindukan anne..haha perasan..

Hari ni anne nak kongsikan 10 amalan harian untuk kurus..

Semua orang suka bila kurus kan..Anne pun suka juga, tapi anne nak berisi sikit..tapi bila anne berisi ia naik bahagian pipi...anne tak nak..nanti bila bergambar, tembam nampak muka anne..anne nak naik bahagian lengan ke, jari ke..hehe...

Okay straight to the point okay..

Amalan pertama yang sangat penting..

Jadikan air masak sebagai minuman utama..Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau minuman kegemaran anda, tapi selepas itu pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus / manis / berkarbonat / tin. Kajian menndapati secara purata orang ramai minum hampir245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/karbonat/tin.  Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan.


Amalan kedua

Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari.  Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat waktu pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari .  Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

Amalan ketiga yang orang malas nak buat kan!!!

Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa,  window shopping di pusat membeli belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain.  Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah payah dan tanpa anda sedari.

Amalan keempat yang sangat mudah

Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda

Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka.  Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera.  Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja bewarna biru. Dalam masa yang sama , elakkan warna merah , kuning dan oren  di ruang makan kerana warna tersebut di dapati membuka selera.

Amalan kelima yang tidak mudah bagi sesetengah orang

Buang pakaian besar anda

Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati , (tahniah anne ucapkan ye) pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah kelihatan besar di badan anda...Better jangan buang ye..sedekahkan jika masih elok...Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang..

Amalan keenam yang lagi lagi senang

Guna pinggan yang kecil

Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

Amalan ketujuh

Makan bijirin untuk sarapan

Orang Malaysia dah terbiasa dengan sarapan nasi lemak , roti canai dan sebagainya..Apa kata tukar kepada gaya barat..Bukan untuk melupakan sajian tempatan tetapi sekali sekala tu bolehlah ambil nasi lemak atau roti canai ni..Tukarnya dengan ambil cornflakes atau koko crunch.. Bijirin ini bukan hanya untuk kanak-kanak tau, ianya juga sesuai untuk orang dewasa.  Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan.  Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting ia kurang lemak.


Amalan ke lapan 

Jangan tunggu terlalu lapar baru nak makan

Ini adalah kerana jika anda tunggu terlalu lapar baru nak makan , anda akan makan dengan jumlah yang banyak... Makan biar sedikit tapi kerap.  Tapi janganlah asyik nak menguyah je ye..Nanti jadi lain pula...

Amalan kesembilan

Makan dengan tenang dan perlahan

Secara saintifiknya  otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang .  Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

Amalan kesepuluh

Makan buah-buahan

Jika anda mempunyai pilihan samada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan , pilih untuk makan.  Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

Jadi, kawan-kawan bolehlah amalkan amalan ini untuk mendapatkan bentuk badan ideal yang menjadi idaman kawan-kawan


credit to carauntukkurus.com






Thursday 6 March 2014

MERENDAHKAN KOLESTROL DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat tengahari Anne ucapkan pada kawan-kawan yang sudi membaca blog Anne yang tak seberapa ini..

Hari ni Anne nak kongsi dengan kawan-kawan mengenai Omega Guard Shaklee pula tau..

Okay..Omega Guard..  Mesti kawan-kawan banyak jumpa Omega Guard di mana-mana Farmasi kan..
Jadi macam tak kisah pun nak kena beli jenama Shaklee ni...dah nama sama ..baik beli kat farmasi je..order dengan Shaklee susahlah apalah...

itu pendapat orang yang tidak tahu kelebihan Omega Guard Shaklee sebenarnya..

Omega Guard Shaklee ada 26 kelebihan untuk semua peringkat usia..

Sebelum itu, untuk pengetahuan kawan-kawan, Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda.  Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga suplemen.
 
Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi terkandung dalam Omega 3 dengan maksima.  Tidak guna jika kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA , EPA dan lain-lain jika enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting untuk kita pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard  Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, makerel, herring, dan ikan bilis.

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk OMega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905 mg asid lemak Omega 3, EPA, dan DHA

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen ber gred farmaseutikal berteknologi terkini.

7. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengesktrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Berikut adalah 26 manfaat Omega 3 dalam 
Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Megurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema , psoriasis dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE.
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru , payudara, kanser prostat dan kanser kolon
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22.Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23.Memelihara fungsi sendi
24.Mencegah penyakit gout


Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti :

1. Mencegah insomnia
2. Mengurangkan tekanan emosi
3. Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
4. Membantu memperbaiki masalah autism
5. Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperaktif
6. Mengurangkan masalah schizophrenia
7. Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa yang memerlukan Omega 3 untuk menyokong tahap kesihatan

1. Warga emas
2. Pesakit jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu hamil (trimester kedua baru boleh ambil)
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus




Jika kawan-kawan ingin dapatkan Omega Guard Shaklee ni bolehlah hubungi
Anne di 017-9688187

Anne ada whatsapp, instagram (amanne_haikal_mia_aaron) , facebook (Pinkgradesshop Encik Lopard)

Boleh beli secara online , highlight link, klik kanan dan open link

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=39f1eea5596e2fb08737be60887d30df

Sekian, terima kasih..

credit to : Google.com