Monday 22 April 2013

INFO KESIHATAN : 7 PERKARA JANGAN BUAT SELEPAS MAKAN

Assalamualaikum kawan-kawan..Hari ni Anne nak kongsi dengan kawan-kawan mengenai satu Info Kesihatan yang Anne rasa patut kongsi bersama kawan-kawan sebab selama ini Anne rasa ramai yang melakukan perkara ini..


1. Jangan Merokok

- Kajian daripada pakar menunjukkan , kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi

2. Jangan makan buah-buahan

- Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung.  Untuk tips pemakanan yang sihat, buah-buahan boleh diambil 1-2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh

- Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan kita makan keras dan sukar untuk dihadam

4. Jangan melonggarkan tali pinggang

- Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

5.Jangan mandi

- Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.

6. Jangan banyak berjalan

- Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan.  Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

7. Jangan terus tidur

- Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan, ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik. 


Agak-agak, lepas ni kawan-kawan akan lakukan lagi tak perkara ini??Nabi Muhammad s.a.w pun makan  buah sebelum makan nasi bukan selepas tau..Kita ni pulak yang terbalik..

Ok, sekian untuk kali ini..

credit to google.com..


No comments:

Post a Comment