Wednesday 2 July 2014

BATUK O BATUK

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi dengan kawan-kawan hari ni..

Biasa kalau kita batuk mesti ambil masa yang lama untuk sembuh kan dan pelbagai petua yang kita gunakan untuk hilangkan sakit ini..

Jadi, hari ini Anne nak kongsi dengan kawan-kawan mengenai batuk dan beberapa petua yang mungkin dapat membantu kawan-kawan..

Batuk merupakan satu jangkitan di kerongkong.  Ia akan menyebabkan tekak rasa gatal-gatal dan ingin terbatuk.  Bila kita batuk, kesan utama ialah pada paru-paru.

Organ ini akan bekerja melebihi had dengan mengepam udara untuk batuk, tekanan ini boleh menyebabkan paru-paru cedera, dan jika teruk batuk akan berdarah.  Minumlah air suam untuk mengurangkan gejala batuk dan elakkan makanan berminyak.

Jika kawan-kawan minum ubat batuk, cara minum yang betul adalah dengan cara perlahan-lahan. Biarkan ubat lalu di bahagian kerongkong dan kekal di sana dalam tempoh yang lama.

Ubat batuk adalah untuk kerongkong yang sakit, bukan untuk perut.  Jika terlebih minum akan memudaratkan perut kerana sifat ubat ini yang menghakis.

Selain, makan ubat , kita perlulah berikhtiar cara-cara yang digunakan oleh orang tua kita dan akhir sekali berdoa untuk kesembuhan sakit yang dihadapi.

Antara petua-petua yang boleh diamalkan adalah :-

Gunakan limau kasturi, kicap dan air suam..

Cara-caranya ialah

Perah 2,3 biji limau kasturi di dalam air suam, dicampur sedikit kicap.

Minum bancuhan ini, Insya Allah dengan izin Allah batuk akan berkurangan.

Jika tiada limau kasturi, limau nipis pun boleh digunakan. Perah sebiji limau nipis, dalam segelas air suam, minum perlahan-lahan, biar air limau  ini melalui kerongkong yang gatal dan ada kahak itu.

Air suam dapat mencairkan kahak, manakala limau nipis yang kaya dengan vitamin C akan dapat melegakan batuk. Amalkan seawal bangun tidur sebelum mandi di waktu pagi. 

Berikut, ada beberapa lagi petua : 
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
  • Kalau malas buat petua, ambil Garlic Shaklee..Anne dah cuba, alhamdulillah dah kurang batuk anne tau.


Sama-samalah berikhtiar dan selebihnya serahkan kepada Allah swt.

Selamat mencuba ye kawan-kawan..

dan terakhir

credit : google .com

HELLO KITTY DI SHELL SELECT

Assalamualaikum..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Dah lama Anne tak menulis kan..
Kepada yang menanti, harap maaf ye..Anne kesibukan sikit akhir2 ni..

Hari ni Anne teruja nak cerita mengenai Hello Kitty di Select..

Semalam pergi isi minyak di Shell Bentong..
Ternampaklah Hello Kitty dekat depan sebelum masuk pintu Select. Terus suruh Abang tanya macam mana nak beli Hello Kitty tu.

Abang keluar dan bawa air RED BULL dua dan kotak kecik Hello Kitty.. Abang kata kena beli RM5 apa-apa barang yang disenaraikan untuk layak membeli sekotak kecil Hello Kitty yang berharga RM9.

Kotaknya comel je dan patung Hello Kitty tersebut ada 10 design dan  kita tak boleh pilih nak patung yang mana.
Kiranya surprise lah..
Next time, harap tak dapat yang sama..

Muka depan kotak



Muka tepi

Muka tepi sebelah lagi
Muka atas
Tada...Inilah dia surprise nya..
Anne dapat Tokidoki Hello Kitty nombor 3.


Comel kan..Lepas ni Anne asyik nak ke Shell Select lah pulak ye..sebab nak Hello Kitty punya pasal.
.Anne nak yang warna pink tu..
Semoga dapat..okay.sekian dulu berita terkini Anne ni..
Nanti kita berjumpa lagi.
Sebelum tu, bulan ni Shaklee Promosi VIVIX..Wah, siapa yang nak cantikkan kulit, bolehlah beli 6 terus dan percuma sebotol.  Nanti Anne kongsi mengenai vivix pula yek..

#hellokitty
#tokidokihellokitty
#hellokittylovers
#sayajualshaklee