Sunday 3 March 2013

PETUA UNTUK MUNTAH - MUNTAH DAN CIRIT - BIRIT

Assalamualaikum...

Bersyukur kerana masih bernafas dibumi ini...Rasanya dah lama xupdate blog selepas post Setia Hujung Nyawa..hari tu anne nak sambung pasal ending cerita kan,tapi xsempat...sebab 2 minggu lepas anne sekeluarga diserang virus cirit birit..

Mula-mula mia yang kena.  Balik dari taska petang khamis7 hb Feb 2013 terus muntah lepas batuk-batuk..
Lepas tu mia mintak susu..mia kalau time batuk2 dan minum susu, mesti muntah...Lepas tu dia terbaring je..Bila makan asyik muntah..dan cirit birit...

Esoknya Mia masih x ok...Bawak g hospital,doktor cakap kalau dia cucuk,nanti lagi kuman kat tempat cucuk tu...kesian dekat mia..doktor cek tekak mia.  mia nangis xnak bukak mulut walaupun doktor dah masukkan batang aiskrim...tapi bila dia nangis,dapatlah suluh sikit dan nampak tekak dia...merah tekak mia doktor kata...dan kuar airmata sebab nangis..doktor kate mia masih ada airmata , jadi masih ada air dalam badan dia,,kalau nangis xde airmata tu maknanya dia dah terhidrat dan bahaya...kalau dah jadi cmtu baru masuk air doktor kate...

Anne EL arini untuk jaga mia..petang tu amik Haikal dan AAron...
" HAikal pun tanya, kenapa mama pakai baju camni" yelah sebab mama pakai seluar bukan baju kurung kn..
" mama pun cakaplah yang adik sakit.  mama jaga adik.."

 pastu sempat gi rumah makcik manih utk hantar dokumen yang makcik manih mintak faxkan..
dah lama xjumpe opah...haikal suka sangat main umah opah sampai xnak balik.siap makan nasi lagi..
mia plak sempat muntah..mama plak sempat tadah..aaron sempat yak...
lepas tu muntah pulak...aduh macam2 jadi kat umah opah...cian opah.cucu dah lama xdatang, pastu datang buat sepah plak yek..tapi opah sayang cucu kan..

start malam tu AARON plak cirit birit...cian...num susu yak, mkn yak...jadi kurus cam mia...perut ramping tak payah pkai set kuruskan badan pun..

wah panjangnye cite...selepas tu haikal plak yang berjgkit..haikal lagi teruk... muntah2 dan cirit birit sampai pucat2 muka...kurus sangat..mia g dua hospital..hospital bentong dan mentakab..dua2 dapat serbuk garam je..haikal di 2 klinik..klinik kiru dan klinik eliza..lepas haikal, mama pulak yang kena, nasib kena kat mempaga dan ada ibu ayh..boleh tlg jaga anak sementara anne sakit...anne pergi klinik kesihatan dan klinik eliza baru pulih sepenuhnya...tapi xdelah muntah..cuma xdaya nak ke tandas...lembik sbb xmakan.nak makan pun takut..takut sakit perut...

Sebenarnya intro je tu...anne nak kongsikan petua - petua kalau anak muntah dan cirit birit.

DO'S
1) Kalau muntah2, ikat tali kasut kaler hitam yang dah dipakai.(ayah yang bagi petua ni, tapi memang xmuntah lepas tu)

2) Kalau cirit - birit , minum air tepung gandum ( Rendam tepung dalam air masak.bila tepung dah mendap di belah bawah, amik air ia dan minum...(Petua ni ibu suh buat dari awal lagi, tapi takut nak percaya sebab org kate ada bahan peluntur lah dalam tepung gandum...tapi sebab pn.nurul pun bagi petua yg sama, maknanye selamatlah tu yek..sebab dah ada testimoni)

3) Minum air yakult dan seangkatan dengannya sebab ada bakteria baik...ada prebiotik...masa g klinik eliza pun doktor bagi prebiotik untuk bancuh dgn air.  aikal minum..tapi ubt2 kat klinik eliza yang lain mcm ubt cirit buat haikal muntah..dah papa berjangkit plak sebab papa yang kemas muntah haikal masa tu.

DON'T

1)Susu dan produk tenusu, seperti aiskrim, keju.
2)Minuman mengandungi kafeina, seperti kopi, teh.
3)Makanan berminyak dan makanan bergoreng seperti mi goreng, ayam goreng.
4) Makanan berserat tinggi, seperti buah-buahan sitrus. 5)Makanan manis, seperti kek, biskut, kuih-muih tempatan.

papa plak mc 1 hari...nasib cepat sembuh..papa g klinik sk ng..doktor pun cakap sekarang ada virus...

Apa yang anne perasan, kalau musim hujan mesti air akan tercemar...ALHAMDULILLAH kami sekeluarga sembuh lepas seminggu sakit...itupun kami minum air mineral ...takut nak minum air yang dimasak untuk sementara waktu ni..
tapi anak-anak TASKA HANANI ada lagi yang masih kena cirit birit ni..sebab ia kn berjangkit..cuma yang dah kena, janganlah kena lagi kan..
 
SO hati2 lah...SHARING IS CARING...


48 comments:

  1. Tkasih atas perkongsian yg baik. Cuma nak tnya tali kasut tu nak ikat di mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum encik nor halim...
      maaf kerana lambat reply..
      saya baru perasan dengan komen ini, tali kasut itu ikat di leher, jangan terlalu ketat, macam buat rantai je...
      tq bertanya...

      Delete
  2. As salamualaikum..
    Mmg air tepung gandum tu alhamdulillah. Saya mmg amalkan. Untuk orang besar pun boleh.kalau kena gaya..insyaAllah berhenti cirit birit on the spot.kalau tak..cuba sekali lagi. Jarak2 kan.kalau amik pagi...tghari amik sekali lagi.
    Kesian tgk kalau budak cirit birit..

    ReplyDelete
  3. Air gandum tu byk mn nk kna bg kt ank

    ReplyDelete
  4. Assalam...nk tanya sikit..tepung gandum tu byk mana dan sukatan air tu plak byk mana..nk rendam guna air suam ke sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.tepung tu satu sudu je...air satu cwn kcik je...air suam atau blh..

      Delete
  5. as salam... wahh..tengah mencari ni petua utk kurangkan muntah...x larat la muntah..penat... btw..,.tq2x.. =D

    ReplyDelete
  6. assalam
    tq 4 d info.. berguna sgt.. semoga Allah merahmati anda .. mohon nk share kt blog.. nnt sy bg credit kt blog awak.. macih byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..

      boleh...share lah..welcome

      Delete
  7. Baby blh bg minum air gandum tu x..ank sy dh 3 hr cirit birit... susu minum byk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya baru perasan dengan soalan ini..

      ye boleh, bagi minum sikit okay

      Delete
  8. Tq..nk cuba air gandum..tgh water cuts ni cirit birit...dugaan btol..tq again yer

    ReplyDelete
  9. Baby sye pun dah 3 ari cirit.boleh tak mnum air gandum tu..

    ReplyDelete
  10. tq untuk info .sgt2 berguna untk sya n fmly.kbtln sya sndri tgh crt birit..smpai x lrt nk bgn da..tq sgt2-

    ReplyDelete
  11. Salam sy dalam dilema...bingung ngn ank sy si Anggun Danisha....dh msk hr ke3 muntah cirit birit. dh msk ke putrajaya kemarin tp discas sbb doc ckp dia ok...darah pon ok...bila dh bwk blk ke umh still minum susu muntah....cirit birit....risau sgt.....bantu lah saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.maaf sangat.. saya baru tgk soalan ini..

      dia minum susu tapi muntah..
      susu apa ye yang puan beri..
      sudah lama minum atau baru2 ni dia jadi macam tu...

      kalau sebelum ni minum susu yang sama , tapi okay, bukan masalah susu..
      mungkin masalah air atau masalah lain.

      harap puan dah bawak anak berjumpa doktor

      Delete
  12. Salam anne.ikat tali kasut hitam tu termasuk amalan syirik.sembuh ke tak tu isu lain,mgkn mainan syaitan.lebih baik anne rujuk ustaz yg lebih arif dalam isu ni.Wallahua'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...anne tak bermaksud untuk lakukan perbuatan syirik..
      hanya berkongsi pendapat orang-orang tua..
      maaf jika ada yang salah..

      Delete
    2. Mind seharusnya di open sedikit bruh

      Delete
  13. Tq atas petua...ank sulung umur 3 thn kne...pastu adik die umur 11 bulan...skrg semua dh kne sy dn isteri...hrap kmi cept sembuh...

    ReplyDelete
  14. Bby 10bln blh minum air tepung? ..

    ReplyDelete
  15. assalam..ubat n tali kasut tu manusia yg buat n daripda ALLAH..makan ubat tu kena niat n percaya ALLAH bg sembuh.bukan ubat tu.ubat tu hnya asbab je.klau tak.sama je hukum dia n tali kasut tu.

    ReplyDelete
  16. Kalo buang air besar seperti air boleh ka? Bab satu mlm uda alami begini... sampai tdi buang air besar sambil muntah....

    ReplyDelete
  17. Soalan:
    Assalamu'alaikum...Saya melawat seorang tua yang sedang demam. Saya terpandang ada tali hitam seperti tali kasut yang tergantung pada tengkuk dia. Apabila saya bertanya kepada dia, tali hitam tersebut adalah petua orang- orang tua dahulu. Katanya dia baru buat pada cucunya dan didapati sembuh penyakit muntah tersebut. Apakah ia boleh diterima di dalam Islam?

    Jawapan:

    1. Berubat menggunakan tali hitam seperti yang ditanya adalah termasuk di dalam berubat dengan tangkal yang DILARANG di dalam Islam. Sila rujuk: Hukum Tangkal

    2. Tali hitam tidak dapat menyembuhkan sebarang penyakit, tiada sebarang kaitan perubatan yang boleh difahami antara tali hitam dengan sesuatu penyakit, melainkan ia dibina di atas kepercayaan yang karut. Akal yang waras sahaja sudah tentu menolak perkara ini, apatah lagi agama yang sentiasa memusuhi perkara-perkara karut.

    3. Pengalaman seseorang menggunakan sesuatu kaedah khurafat atau karut dan didapatinya berhasil tidak boleh dijadikan alasan dalam persoalan ini. Apatah lagi ia terbuka kepada tipu-daya syaitan yang sentiasa berusaha menjerat manusia dengan kesyirikan. Sebuah athar yang diriwayatkan daripada Zainab, isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud RA ada menyebut:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Open minded skit bruh ��

      Delete
  18. bile kite sakit wajib berubat.tp hati² jng smpi kite mensyirikkan Allah.kerana yg memberi dan menyembuhkan penyakit adalah Allah swt.. ubat hanya penyebab yg menyembuhkan adalah Allah...kerana manusia tak punya kuasa tetapi ALLAH maha berkuasa...

    ReplyDelete
  19. bile kite sakit wajib berubat.tp hati² jng smpi kite mensyirikkan Allah.kerana yg memberi dan menyembuhkan penyakit adalah Allah swt.. ubat hanya penyebab yg menyembuhkan adalah Allah...kerana manusia tak punya kuasa tetapi ALLAH maha berkuasa...

    ReplyDelete
  20. sy pun pernah alami perkara yg sama muntah n cirit birit...doktor kata biarkan shj 2 hari coz proses neutralisation pembuangan racun yg ada dlm badan disebabkan keracunan makanan or sebab2 yg lain..wallallahualam

    ReplyDelete
  21. ank saya kena cirit n muntah tp dah smakin ok...sy kurangkan pengambilan ssu dan makanan dia.perbanyakan bg mnum air msak...cm sy risau tgk dia lemah...nk tnya apa mknan yg boleh kembalikan tenaga dia spy x lmah sgt selain ssu...

    ReplyDelete
  22. ank saya kena cirit n muntah tp dah smakin ok...sy kurangkan pengambilan ssu dan makanan dia.perbanyakan bg mnum air msak...cm sy risau tgk dia lemah...nk tnya apa mknan yg boleh kembalikan tenaga dia spy x lmah sgt selain ssu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurangkan susu atau jangan bagi langsung?.. kesiannya baby.. baby saya demam, muntah dan cirit.. makan bubur boleh ke?.. baby 2thn 3bln.

      Delete
  23. assalamualaikum, saya baru berkesempatan membaca komen2 yang ada disini..

    maaf ye jika ada yang merasakan mengenai tali hitam itu perbuatan syirik.

    ayah saya cadangkan itu bukan sebab ayah saya amalkan perkara-perkara syirik camtu, tp mungkin orang terdahulu sebelum ayah saya ada beri petua seperti itu...
    tp seperti satu komen dari anonymous di atas yg tulis, kita mkn ubt pun , yang menyembuhkan tu Allah swt.ubat tu hanya asbab..jadi tali hitam tu hanya asbab..bukan saya percaya tali hitam tu yang menyembuhkan..sama juga kalau anak terkena sakit kuning, kita xpakaikan dia pakaian kuning dan jika nak berubat kita cari benda yang berlawanan dengan kuning kan...kenapa kita percaya dengan benda tu..jadi sekarang ni nak kata syirik juga ke perbuatan tu...

    jadi renung-renungkan dan selamat beramal..
    no heart feeling okay bai
    dan terima kasih kerana memberi komen..anne sangat alu-alukan..

    ReplyDelete
  24. Info yg sgt berguna anne..tqvm..yg pasal tali kasut tu mmg btol..arwah mak pon penah ckp..i pon penah buat..alhamdulillah mmg menjadi

    ReplyDelete
  25. Tali kasut wrna lain xbleh ke

    ReplyDelete
  26. petua ikat tali kasut tu sy pn pernah try.. anak muntah mencurah2 sampai lembik,bapak la sruh ikat tali kasut kt leher anak,mula tu xnk ikut sbb mcm karut kn,tp nak jaga hati bapak buat jgk lah.. terus elok anak dah x muntah lnsg,hahaa.. apa pn dengan izin allah jua,

    ReplyDelete
  27. petua ikat tali kasut tu sy pn pernah try.. anak muntah mencurah2 sampai lembik,bapak la sruh ikat tali kasut kt leher anak,mula tu xnk ikut sbb mcm karut kn,tp nak jaga hati bapak buat jgk lah.. terus elok anak dah x muntah lnsg,hahaa.. apa pn dengan izin allah jua,

    ReplyDelete
  28. Saya pling fobia bila ckp psl cirit birit ni. Arwah mak saya meninggal dunia slps cirit birit akibat slh mkn di Indonesia. Ni my bby tgh cirit birit + muntah. Sian tgok dia pucat.. hopefully xde apa yg serius la. Risau sgt. Btw tq atas perkongsian awak.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih atas petua. Petua boleh dilihat mengatasi ilmu. Inilah kehebatan orang-orang terdahulu.Amalan ini tidak mengubah aqidah pun sebab kita tahu beza bergantung dengan ikhtiar.Kalau rajin boleh buat sedikit kajian tentang petua-petua lain selain tali hitam untuk ikhtiar penyakit lain. Dengan izin dan kehendakNya ia serasi dengan pesakit.Contoh penggunaan sirih atau kertas basah ditampal pada dahi bayi untuk hilangkan sedu.

    ReplyDelete
  30. pernah juga alami anak muntah muntah, sampai lembik.kesian pula.pergi hospital terus di tahan di wad

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum tumpang tnya.. Maaf lari tajuk. Klau bayi batuk ape petua dia ya. .

    ReplyDelete