Wednesday, 6 March 2013

TEKNIK MEMBACA BUKU KEPADA ANAK-ANAK

Salam anne ucapkan kepada kawan-kawan..Hari ini anne nak kongsikan mengenai teknik membaca buku kepada anak-anak...

Mesti kita pernah membacakan buku kepada anak-anak sebelum tidur, masa lapang, masa anak masih bayi dan lain-lain. Teringat masa haikal kecil..anne memang rajin bacakan dia buku...siap buat gaya dan bunyi lagi..yelah, masa tu haikal seorang, boleh laungkan banyak masa untuk dia...

Sekarang, anne dah kurang membaca untuk anak-anak( baca buku sendiri je), haikal pulak dah pandai baca buku sendiri..sejak 5 tahun dia dah pandai membaca...

Jadi mia dan aaron kadan-kadang je anne bacakan buku...sori sayang..hihi...

Okay, straight to the point...

Terdapat beberapa panduan yang boleh anda ikuti dalam usaha membacakan buku kepada anak-anak yang berusia di antara dua hingga lima tahun..

  1. Ibu atau bapa bertindak sebagai pencerita
  2. Anak-anak berada dalam keadaan selesa sama ada dia berada dalam keadaan duduk mahupun berbaring sebelum tidur
  3. Daya tahan tumpuan si kecil hanya 45 saat.  Oleh yang demikian, adalah baik jika anda melibatkan mereka di dalam aktiviti membaca ini.
  4. Ibu dan bapa perlu membunyikan setiap bunyi umpamanya haiwan yang terdapat di dalam buku. Contohnya bunyi kucing-miaw miaw, bunyi katak - aung gedek-gedek, bunyi anjing-aouk aouk...betul ke ni..hihi..
  5. Minta anak-anak lakonkan setiap watak yang terkandung di dalam buku.
  6. Ulang tanya kepada anak-anak selepas memberitahu mereka tentang sesuatu perkara.  Contohnya , " Siapa nama ibu Ali yang mama beritahu tadi?"
  7. Bagi membacakan buku sebelum tidur, dapatkan buku yang halamannya kurang daripada empat muka surat.

Dalam usaha mengajar si kecil, bolehlah perkenalkan anak-anak anda yang berusia setahun dengan buku yang terdiri dari material kain dan plastik yang tidak tajam.  Buku-buku yang berwarna, berbulu,bergerigi ataupun berlubang juga amat sesuai untuk mereka.

Seterusnya, amalan membaca ini perlu diteruskan sepanjang hayat si manja. Ajar anak anda adab mengenai buku dan sayangkan buku.  Pada usia anak anda seawal dua tahun, mereka perlu memahami bahawa buku tidak boleh dipijak, diduduki mahupun dikoyak.

Dengan mengamalkan adab tertentu dalam mencari ilmu, tentu sahaja aktiviti membaca dan bercerita yang anda lakukan  bersama anak-anak berbeza berbanding sebelumnya.

Selamat mencuba dengan anak-anak anda..Jadikan membaca sebagai budaya..Membaca jambatan ilmu..

credit to Majalah PA&Ma bulan Mac 2013

No comments:

Post a Comment