Assalamualaikum kepada kawan-kawan...Semoga pagi ini dimulakan dengan penuh bersemangat dan ceria..
Hari ini adalah hari cuti bagi beberapa buah negeri yang ambil cuti Hari Thaipusam...
Tapi bukan pasal Thaipusam yang Anne nak cerita hari ni...tapi mengenai apa yang masyarakat kita selalu sebut tanpa mereka sedari apa yang mereka sebut itu boleh membawa kepada murtad..
Selalunya kalau kita nampak tokong cina, patung bentuk gajah dan sebagainya, apakah yang kita jelaskan kepada anak kita yang bertanya "mama apa itu"?? Mesti kita jawab itu tuhan mereka kan? Nauzubillah...
Menurut ustaz Bakri yang datang memberi ceramah di pejabat tempoh hari, kita boleh dikira murtad kerana kita telah menduakan Allah swt...
Ini adalah kerana , Tuhan cuma ada seorang sahaja...cuma satu...dan Esa..
Sebelum ini kita tidak tahu dan bolehlah kita perbetulkan kesilapan kita dan jangan ulangi lagi kerana anak kecil yang mendengar akan ingat sehingga besar dan boleh ulangi kesilapan yang sama macam kita...
Jawab lah itu adalah patung kepercayaan orang India atau tempat mereka bersembahyang mengikut kepercayaan mereka...
Tuhan cuma satu... ALLAH swt...ALLAH kita adalah tuhan mereka juga...cuma bezanya agama kita Islam dan mereka adalah kafir...tapi mereka juga akan dihisab seperti kita..
Cuba kita perhatikan lagu negeri kita semua dimulakan dengan YA ALLAH...sedangkan penganut agama lain juga menyanyikan lagu yang sama...mereka juga menyebut ALLAH....jadi renung-renungkanlah dan semoga post ini dapat memberi info kepada kita yang masih belum tahu , kerana Anne percaya ramai di luar sana pun ada melakukan kesilapan yang sama macam Anne juga...
Sharing is caring.......
PINKGRADESCRAFTSHOP ORDER FORM
13 years ago
No comments:
Post a Comment