ASSALAMUALAIKUM kepada kawan-kawan..
Bersyukur kerana kita masih bernafas dan dapat meneruskan hari ini. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Hari ni Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai tips adab berdoa ..
Antara adab berdoa, kita hendaklah mengakui segala dosa yang dilakukan dan segala nikmat yang Allah berikan ketika berdoa.
Sebagai contohnya, perhatikan satu doa yang diajar Baginda yang dikenali sebagai " Penghulu Istighfar ". Nabi bersabda yang bermaksud: " Penghulu Istighfar iaitu kamu mengatakan : ' Ya Allah, engkau Tuhanku , tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku.'
'Aku pula hamba-Mu dan terikat dalam perjanjian dengan-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan sesuatu yang aku lakukan.'
'Aku mengakui segala nikmat yang Engkau telah berikan kepadaku dan aku mengakui segala dosa yang aku lakukan. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa selain Engkau.'
Baginda melanjutkan dengan mafhumnya: " Sesiapa yakin mengucapkannya doa ini pada siang hari dengan yakin, kemudian dia meninggal dunia sebelum esok hari, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada malam hari dengan yakin, kemudian dia meninggal dunia sebelum pagi hari, maka dia termasuk penghuni syurga."
(Riwayat al-Bukhari)
PINKGRADESCRAFTSHOP ORDER FORM
13 years ago
No comments:
Post a Comment