Assalamualaikum...
Bersyukur kerana masih bernafas dibumi ini...Rasanya dah lama xupdate blog selepas post Setia Hujung Nyawa..hari tu anne nak sambung pasal ending cerita kan,tapi xsempat...sebab 2 minggu lepas anne sekeluarga diserang virus cirit birit..
Mula-mula mia yang kena. Balik dari taska petang khamis7 hb Feb 2013 terus muntah lepas batuk-batuk..
Lepas tu mia mintak susu..mia kalau time batuk2 dan minum susu, mesti muntah...Lepas tu dia terbaring je..Bila makan asyik muntah..dan cirit birit...
Esoknya Mia masih x ok...Bawak g hospital,doktor cakap kalau dia cucuk,nanti lagi kuman kat tempat cucuk tu...kesian dekat mia..doktor cek tekak mia. mia nangis xnak bukak mulut walaupun doktor dah masukkan batang aiskrim...tapi bila dia nangis,dapatlah suluh sikit dan nampak tekak dia...merah tekak mia doktor kata...dan kuar airmata sebab nangis..doktor kate mia masih ada airmata , jadi masih ada air dalam badan dia,,kalau nangis xde airmata tu maknanya dia dah terhidrat dan bahaya...kalau dah jadi cmtu baru masuk air doktor kate...
Anne EL arini untuk jaga mia..petang tu amik Haikal dan AAron...
" HAikal pun tanya, kenapa mama pakai baju camni" yelah sebab mama pakai seluar bukan baju kurung kn..
" mama pun cakaplah yang adik sakit. mama jaga adik.."
pastu sempat gi rumah makcik manih utk hantar dokumen yang makcik manih mintak faxkan..
dah lama xjumpe opah...haikal suka sangat main umah opah sampai xnak balik.siap makan nasi lagi..
mia plak sempat muntah..mama plak sempat tadah..aaron sempat yak...
lepas tu muntah pulak...aduh macam2 jadi kat umah opah...cian opah.cucu dah lama xdatang, pastu datang buat sepah plak yek..tapi opah sayang cucu kan..
start malam tu AARON plak cirit birit...cian...num susu yak, mkn yak...jadi kurus cam mia...perut ramping tak payah pkai set kuruskan badan pun..
wah panjangnye cite...selepas tu haikal plak yang berjgkit..haikal lagi teruk... muntah2 dan cirit birit sampai pucat2 muka...kurus sangat..mia g dua hospital..hospital bentong dan mentakab..dua2 dapat serbuk garam je..haikal di 2 klinik..klinik kiru dan klinik eliza..lepas haikal, mama pulak yang kena, nasib kena kat mempaga dan ada ibu ayh..boleh tlg jaga anak sementara anne sakit...anne pergi klinik kesihatan dan klinik eliza baru pulih sepenuhnya...tapi xdelah muntah..cuma xdaya nak ke tandas...lembik sbb xmakan.nak makan pun takut..takut sakit perut...
Sebenarnya intro je tu...anne nak kongsikan petua - petua kalau anak muntah dan cirit birit.
DO'S
1) Kalau muntah2,
ikat tali kasut kaler hitam yang dah dipakai.(ayah yang bagi petua ni, tapi memang xmuntah lepas tu)
2) Kalau cirit - birit ,
minum air tepung gandum ( Rendam tepung dalam air masak.bila tepung dah mendap di belah bawah, amik air ia dan minum...(Petua ni ibu suh buat dari awal lagi, tapi takut nak percaya sebab org kate ada bahan peluntur lah dalam tepung gandum...tapi sebab pn.nurul pun bagi petua yg sama, maknanye selamatlah tu yek..sebab dah ada testimoni)
3)
Minum air yakult dan seangkatan dengannya sebab ada bakteria baik...ada prebiotik...masa g klinik eliza pun doktor bagi prebiotik untuk bancuh dgn air. aikal minum..tapi ubt2 kat klinik eliza yang lain mcm ubt cirit buat haikal muntah..dah papa berjangkit plak sebab papa yang kemas muntah haikal masa tu.
DON'T
1)Susu dan produk tenusu, seperti aiskrim, keju.
2)Minuman mengandungi kafeina, seperti kopi, teh.
3)Makanan berminyak dan makanan bergoreng seperti mi goreng, ayam goreng.
4) Makanan berserat tinggi, seperti buah-buahan sitrus.
5)Makanan manis, seperti kek, biskut, kuih-muih tempatan.
papa plak mc 1 hari...nasib cepat sembuh..papa g klinik sk ng..doktor pun cakap sekarang ada virus...
Apa yang anne perasan, kalau musim hujan mesti air akan tercemar...ALHAMDULILLAH kami sekeluarga sembuh lepas seminggu sakit...itupun kami minum air mineral ...takut nak minum air yang dimasak untuk sementara waktu ni..
tapi anak-anak TASKA HANANI ada lagi yang masih kena cirit birit ni..sebab ia kn berjangkit..cuma yang dah kena, janganlah kena lagi kan..
SO hati2 lah...SHARING IS CARING...