Friday 13 December 2013

TIPS RAWAT DEMAM

Assalamualaikum dan salam jumaat dari Anne..

Bersyukur kerana masih bernafas di atas muka bumi ini..
Dan bersyukur, setiap bulan rezeki masih bertambah2...

Berkat kesabaran dan usaha Anne...
Apa yang penting keinginan dan minat..

so, today Anne nak share dengan kawan-kawan Anne mengenai tips rawat demam...Sebab sekarang ni musim demam kan...Sebab keadaaan cuaca dan persekitaran ...

1) MULAKAN DARI KAKI

Teknik mulakan dari kaki ini adalah dengan jirus air  bermula dari kaki baru ke kepala...
Teknik ini bukan sahaja untuk bayi, kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh mengamalkannya setiap hari.

2) TEKNIK WET SOCKS

Mungkin kedengaran pelik, namun untuk pengetahuan kawan-kawan , teknik ini mampu merawat demam yang kawan-kawan hidapi mahupun si kecil..

Caranya, ambil sepasang stokin dari material kapas, basahkan dan pakaikan kepada mereka..Pastikan ia cukup panjang bagi menutup bahagian buku lali.  Ulangi sehingga suhu badan turun.

3) TIDAK PERLU ELAK AIR BATU 

Kebiasaannya ibu bapa akan melarang anak-anak mereka mengambil ais semasa diserang demam.  Namun hakikatnya, tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa air batu dilarang semasa demam sebaliknya digalakkan terutama untuk mereka yang mengalami masalah tonsil.

Tapi kaedah ni Anne tak guna kerana anak Anne memang tak minum ais..Aiskrim pun yang jenis macam cornetto tu bolehlah...tapi itu pun bukan selalu...sebab mereka jenis alah..Kalau makan, minum yang sejuk-sejuk ni akan batuklah kong kong...nanti selesema , kena pakai nebulizer pulak..

Mencegah lebih baik dari merawat kan...

Okay

4) MENGELUH MELAMBATKAN PENYEMBUHAN

Berdasarkan satu kajian di Australia, dikatakan semasa dalam tekanan sel-sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmiter iaitu neuropeptidey, satu bahan kimia yang merencat sistem pertahanan tubuh.  Oleh itu penyakit akan lambat sembuh jika anda mengeluh dan merasa tertekan.

Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) bagi merawat demam.  Sebagai contoh katakan demam yang dialami hanya beberapa hari dan selebihnya anda sihat.

Anda juga dicadangkan bertenang, menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh dan sendi yang terasa sakit.  Pendek kata , anda perlu bersikap positif.

5) PROBIOTIK PULIHKAN DEMAM

Secara umumnya probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat.  Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.  Menurut Profesor Patricia Conway dari Pusat Inovasi Biomarin Sains Bioteknologi dan Biomolekul , Universiti New South Wales, Sydney probiotik mampu memulihkan demam dan mempertingkatkan pertahanan badan.

6) HINDARI KAFEIN KETIKA DEMAM

Hindari penggunaan kafein ketika demam kerana ia membuatkan tubuh menajadi kering.

7) JANGAN SELIMUT

Dikala demam ramai yang suka selimutkan tubuh dengan selimut dan pakai pakaian yang tebal.  Sebenarnya tanggapan ini ternyata silap besar kerana udara panas dari tubuh tidak boleh keluar dan mengakibatkan suhu naik dengan mudah dan mendorong kekejangan

8) AMBIL SUHU BADAN

Ukur suhu ketiak dengan termometer empat kali sehari setiap empat hingga lima jam

9) TIDUR DAN REHAT

Tidur dan rehat merupakan kunci utama agar demam yang dialami segera sembuh.  Ia memberikan kesempatan kepada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif.  Kurangkan aktiviti dan kalau boleh ambil cuti rehat.  Walaupun olahraga dikatakan baik untuk melawan demam, namun di saat anda mengalami demam panas, ia bukanlah pilihan yang baik.

10) BANYAK MAKAN BUAH

Buah-buahan juga salah satu cara untuk melawan demam. Pilihlah buah yang mengandungi air seperti oren, epal, belimbing. Ia kaya dengan vitamin yang meningkatkan daya tahan tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.  Jika anda sukar menelan dan tekak terasa pahit, jadikan jus buah sebagai alternatif.

11) MADU MEMBERI TENAGA SEGERA

Madu mengandungi kalori yang tinggi dengan penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dalam darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh manusia.  Satu sudu besar madu menghasilkan 64 kcal tenaga, berbanding satu sudu besar gula pasir menghasilkan 46 kcal tenaga.  Madu memberikan kesan antimikrob iaitu menghalang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Madu asli juga memiliki daya antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.

12) MAKAN UBAT PENURUNAN PANAS

Pemberian ubat penurun panas tujuannya bukan menurunkan panas atau menyembuhkan penyakit melainkan memberi rasa selesa dan mengurangi rasa sakit.  Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.

13) MAKAN MAKANAN BERNUTRISI

Makan makanan bernutrisi pada saat demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun.  Pilihlah makanan yang mudah dicerna seperti bubur.

 Okay, itu antaranya tips2nya.

Harap info ini dapat membantu kawan-kawan ye..


PERLU MANDI ATAU TIDAK

Ada pendapat yang mengatakan elakkan mandi saat tubuh diserang demam..Ketahuilah, ia hanya mitos sahaja.

Bahkan mandi dengan air suam mampu membuatkan pori-pori dan pembuluh darah membesar sehingga mampu mempercepatkan proses panas tersebut keluar dari tubuh.  Mandi juga mampu menimbulkan rasa nyaman dan membunuh segala kuman di permukaan kulit.

SUP AYAM SEMBUHKAN DEMAM?

Sup panas dikatakan penawar mujarab untuk individu  yang diserang demam.  Sebenarnya panas sup tersebut yang memberi kelegaan kerana ia mampu mencairkan hingus dan sekaligus memastikan peredaran udara dalam hidung berjalan sempurna. 

Malah bahan-bahan yang digunakan seperti halia yang membantu dalam proses penyembuhan.  Bawang putih dan bawang merah dikatakan bersifat anti viral.  Halia pula telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia...

Kajian penyelidik Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati, untuk merawat selesema dan demam di kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang di dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat. Selain itu, zat protein daripada ayam merupakan zat penting untuk tubuh kita melawan virus.  

Penyediaan sup biasanya tanpa minyak juga dilihat sebagai kaedah masak yang sihat.

okay , sekian dahulu untuk kali ini, Anne akan kongsi lagi tips-tips untuk kawan-kawan..

mode: sekarang suka lagu REPVBLIK - SANDIWARA CINTA...


credit to ISIHAT DISEMBER 2013

17 comments:

  1. bagus post ni. trima kasihh

    ReplyDelete
  2. Memang Bagus tips2 ni
    Sekarang dah boleh gerak sikit, tak payah nak tidur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih kerana sudi melawat blog anne

      Delete
  3. tq sharing gud info

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/sawan-dalam-kalangan-kanak-kanak-adakah.html

    ReplyDelete

  4. Artikel yang menarik mengenai demam. Memang demam harus diberi perhatian yang sewajarnya. Namun demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan.

    ReplyDelete
  5. ini artikel copy paste ke memang dari pembelajaran dan pengalaman sndiri?? saya dari kecik sampai ke besar kalau demam pergi mandi mmg demam ssh nak baik sebab org tua2 kata demam akan jadi punah,mksdnya dia akan merencatkan proses keluar haba dr badan..sebenarnya petua org tua2 ade betulnya juga dan memang dalam kitab ibnu qayyim tentang perubatan rasulullah pun ade tntg ni cume bezanya petua org tua tua jgn mndi trus tp petua rasulullah dlm buku tu kne mandi sekali je sehari samada sebelum subuh atau sebelum asar..kalau kita lggr syarat tu mmg demam akan jdi punah (rosak)..pasal selimut tu ramai yg amalkan n mmg menjadi,sbb sy sendiri lps mkn ubat sy akan selimut n tutup kipas n tidur sehingga peluh keluar habis basah selimut n bila bangun tubuh akan jdi ringan..so harap doktor2 kaji kenapa cara yg sy sebutkan td berkesan n jgn semata2 ikut teori..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini adalah dari sumber majalh isihat ..ada saya creditkan di bawah artikel tu

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian ilmu..suami saya demam panas ri ni..sebagai rawatan awal amat berguna ilmu yg dberikan..

    ReplyDelete
  7. Tq anne sb dri kecik petua ni mama sy buat sma mcm anne taip.alhamdulillah mmg mnjadi..

    ReplyDelete
  8. Bagus tip yang awak kongsi. Saya sedang demam panas dan selsema dah 3 hari.. siang teruk malam ok sikit. Saya ada cuba petua yang awk kongsi.. alhamdulillah berkurang sikit. Tak tahan sangat bila demam melanda..

    ReplyDelete
  9. ๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
    ๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    ๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

    *NOTE* :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  10. Saya tertarik dengan poin nombor 4!

    Tak sangka demam pun ada kaitan dengan psikologi. Tapi betul jugalah kan, orang yang positif akan lebih cepat sembuh.

    Terima kasih ya berkongsi info.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih untuk info tersebut , kalau anda semua ada masa sikit. Bolehlah melawat website saya sekejap Emily-channel.com/

    ReplyDelete