Assalamualaikum..hari ni Anne nak kongsi dengan kawan-kawan yang masih tertanya-tanya bagaimana tanda-tanda awal kehamilan berlaku.
Anne pun keliru juga...tapi yang Anne perasan, Anne jadi tak nak makan nasi, pandang nasi pun dah nak muntah...Bila dah jadi macam tu, Anne pun dapatkan Pregnancy Test Kit..tapi biasanya dah dekat 3 bulan baru Anne tahu yang Anne hamil.
ok, sekarang Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan tanda-tanda yang biasa terjadi di awal kehamilan
1. Rasa Lapar yang berpanjangan
Biasa terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap sedialah membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman , kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanapun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung , buah dada anda akan menjadi sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8/10 hari selepas ovulasi , anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama. Ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu asas badan anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
Jika kawan-kawan mempunyai 8 tanda di atas, TAHNIAH Anne ucapkan...dan bolehlah berjumpa doktor untuk pengesahan dan melakukan scan bagi memastikan kandungan normal dan tidak berlaku hamil diluar rahim.
ok..sekian untuk entry kali ini, berjumpa lagi di entry akan datang..
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca dan jangan lupa follow blog Anne okay..
Sumber: google.com
PINKGRADESCRAFTSHOP ORDER FORM
13 years ago
No comments:
Post a Comment