Thursday 11 July 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamualaikum kawan-kawan...Rasanya dah lama Anne tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog Anne yang tidak seberapa ini...

Ini baru ada masa terluang ...hari ni Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai Set Kesuburan Shaklee yang amat terkenal dan hangat sekarang dan dicari-cari pasangan yang mendirikan rumah tangga.

ok, straight to the point

Kehamilan dan zuriat adalah kurniaan yang paling berharga untuk setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.  Yang murah rezeki , dengan mudah mendapat berita gembira setelah mendirikan rumahtangga.  Namun ada juga pasangan yang diuji Allah swt , walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga, namun masih belum berjaya mendapat zuriat yang diinginkan. Ada yang mencuba pelbagai cara moden dan tradisional untuk mendapat zuriat, namun masih belum berjaya.  Anne nasihatkan janganlah berputus asa dan sentiasa berusaha dan berdoa kepad Allah swt.

Berikut, Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan beberapa tips yang dapat dikongsikan dengan kawan-kawan.  Tips ini Anne petik dari AlamHamil.com

11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopia).  Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.  Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor - faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor.  Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.  Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.  Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopio anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda.  Kawal berat badan dan cuba kira BMI ( Body Mass Index) anda. Jika BMI anda 20-24 , maka ia menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.  Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid teratur.  Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat.  Seks 3-4 kali seminggu disarankan dan pada hari-hari subur , berhubunganlah setiap hari.  Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas ( missionary position ).  Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.  Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor.  Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil MULTIVITAMIN

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.  Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8.Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan Yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.  PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.  Berita baiknya dengan mengawal hanya diet, kebanyakan wanita PCOS dapat men teratur haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat ( yang terdapat pada makanan segera)
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi , mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tidak logik jika tiada tekanan dalam hidup ini.  Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan .

cuba lakukan aktiviti - aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :-

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
11. Jauhi dadah , merokok dan minuman keras

Merokok, menggunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan  risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.  Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Harap kawan-kawan dapat mengamalkan tips-tips tersebut untuk mendapatkan cahaya mata..

dan sekarang baru Anne nak kongsikan mengenai Set Kesuburan Shaklee 

Set Kesuburan Shaklee untuk wanita mengandungi ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Alfalfa dan Gla Complex.

Manakala untuk lelaki mengandungi ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Vitamin E dan Zink.

Vitamin Asas (Family Wellness Set)

Vitamin asas untuk seisi keluarga boleh diambil oleh isteri dan suami.

ESP, Vitalea, B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

1. Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  Protein ialah makanan asas kepada sel.  Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.  ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vitalea

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.  Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C.  Vita -C Shaklee adalah jenis ' sustained release ' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan.  Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma.  Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

4. B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg).  Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan

5. Vitamin E & Selenium

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA&DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.  Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.  Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani.  Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zink

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu mengekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif  menuju ke ovum.Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA ( Deoxyribose Nucleid Acid).  Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.  Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.  Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

7. Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu mengatasi masalah keputihan , masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau ketika datang haid(makan alfalfa bersama kalsium) , dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah) . Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa juga membantu dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur.  Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai " Mukus Serviks Putih Telur(egg white cervical mucus)".  Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke tiub Fallopio dan ke telur (ovum).  Tambahan , cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur (waktu ovulasi)

Berikut di atas adalah vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, di samping meningkatkan tahap kesihatan kedua-dua suami dan isteri.
Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa, Allah swt yang menentukan segalanya.  Apa yang penting janganlah berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada Allah swt untuk dikurniakan cahaya mata yang sihat.  In syaa Allah...

Harap kawan-kawan dapat follow blog Anne dan Add Friends di Facebook Anne untuk mendapat harga istimewa dari Anne..

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi

Anne di facebook Pinkgradesshop Encik Lopard 
whatsapp /kakao/line/we chat di 0179688187..
shaklee id anne 928105

SEKARANG BOLEH BELI ONLINE
HANYA HIGHLIGHT LINK, KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0e364cf4a1a53aa0afe4627cbc86d145

Anne sedia membantu anda..untuk maklum balas yang cepat sila sms anne je ok..



Set Lengkap Kesuburan untuk Suami Isteri



No comments:

Post a Comment