Wednesday, 5 December 2012

SIAPAKAH AKU?

SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman AS

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia menyebut
"Innalillahi wainna illaihi rajiuun."  Lalu sambil berkata : " Ya Rabbi, aku reda dengan ketentuan-Mu ini," sambil mengukir senyuman

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada, dan tidak lupa dengan kenikmatan dunia yang sementara

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mahu mengumpul harta.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik

SIAPAKAH ORANG YANG  MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati, membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?

Orang yang  mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?

Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

CREDIT TO : TOLONG INGATKAN SAYA : DZULHILMAN ROSLAN...

No comments:

Post a Comment