Thursday 6 December 2012

JANGAN BERBANGGA !

" Jangan berbangga dengan Calvin Klein dan Armani Exchange kita, kerana pakaian terakhir kita hanyalah kain kafan dan minyak wangi kita adalah kapur barus."

" Jangan  berbangga dengan BMW dan Caldina GTfour kita, kerana kenderaan terakhir kita hanyalah keranda yang akan diusung."

" Jangan berbangga dengan banglo dan kondo kita, kerana tempat beristirahat kita yang terakhir adalah kubur."

" Jangan berbangga dengan ketampanan atau kecantikan pada rupa kita, kerana akhirnya kita hanya menjadi santapan si cacing dan serangga."

Kita hanyalah makhluk Allah s.w.t yang diciptakan daripada tanah dan akhirnya akan dikembalikan ke tanah juga, untuk menghadap Ilahi.  Mungkin hari ini sahaja kita dapat 'menongkat langit' .  Tetapi, bagaimana pula dengan esok dan lusa?

Ya ALLAH , tolong ingatkan saya bahawa saya hanya insan yang hina di sisi-Mu

CREDIT TO : TOLONG INGATKAN SAYA : DZULHILMAN ROSLAN

No comments:

Post a Comment