Wednesday 2 July 2014

BATUK O BATUK

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi dengan kawan-kawan hari ni..

Biasa kalau kita batuk mesti ambil masa yang lama untuk sembuh kan dan pelbagai petua yang kita gunakan untuk hilangkan sakit ini..

Jadi, hari ini Anne nak kongsi dengan kawan-kawan mengenai batuk dan beberapa petua yang mungkin dapat membantu kawan-kawan..

Batuk merupakan satu jangkitan di kerongkong.  Ia akan menyebabkan tekak rasa gatal-gatal dan ingin terbatuk.  Bila kita batuk, kesan utama ialah pada paru-paru.

Organ ini akan bekerja melebihi had dengan mengepam udara untuk batuk, tekanan ini boleh menyebabkan paru-paru cedera, dan jika teruk batuk akan berdarah.  Minumlah air suam untuk mengurangkan gejala batuk dan elakkan makanan berminyak.

Jika kawan-kawan minum ubat batuk, cara minum yang betul adalah dengan cara perlahan-lahan. Biarkan ubat lalu di bahagian kerongkong dan kekal di sana dalam tempoh yang lama.

Ubat batuk adalah untuk kerongkong yang sakit, bukan untuk perut.  Jika terlebih minum akan memudaratkan perut kerana sifat ubat ini yang menghakis.

Selain, makan ubat , kita perlulah berikhtiar cara-cara yang digunakan oleh orang tua kita dan akhir sekali berdoa untuk kesembuhan sakit yang dihadapi.

Antara petua-petua yang boleh diamalkan adalah :-

Gunakan limau kasturi, kicap dan air suam..

Cara-caranya ialah

Perah 2,3 biji limau kasturi di dalam air suam, dicampur sedikit kicap.

Minum bancuhan ini, Insya Allah dengan izin Allah batuk akan berkurangan.

Jika tiada limau kasturi, limau nipis pun boleh digunakan. Perah sebiji limau nipis, dalam segelas air suam, minum perlahan-lahan, biar air limau  ini melalui kerongkong yang gatal dan ada kahak itu.

Air suam dapat mencairkan kahak, manakala limau nipis yang kaya dengan vitamin C akan dapat melegakan batuk. Amalkan seawal bangun tidur sebelum mandi di waktu pagi. 

Berikut, ada beberapa lagi petua : 
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
  • Kalau malas buat petua, ambil Garlic Shaklee..Anne dah cuba, alhamdulillah dah kurang batuk anne tau.


Sama-samalah berikhtiar dan selebihnya serahkan kepada Allah swt.

Selamat mencuba ye kawan-kawan..

dan terakhir

credit : google .com

5 comments:

  1. haa.. anak atie yg no 2 tu gemar mengutip makanan.. isk.. risau kalau batuk2.. huu~ good tips !! atie save utk buat rujukan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai atie..
      terima kasih kerana sudi melawat blog anne..
      boleh save..tiada masalah..

      Delete
  2. Assalam...mohon berkunjung
    .http://captainpepatung.blogspot.com/cantik blog ni,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. t. kasih..in sha allah..saya akan berkunjung..

      Delete
  3. Banyak petuanya...tapi rasanya yg last tu mmg rajin nak buat hihi tapi alhamdulillah mmg jrg kena batuk yg berterusan...

    ReplyDelete