Saturday 10 May 2014

10 AMALAN HARIAN UNTUK KURUS

Assalamualaikum...dah lama anne tak mengemaskini blog kesayangan kerana kesibukan menanggung kerja dan kerana lappy rosak..

Now ada lappy baru, thanks papa...

Okay...disebabkan dah lama tak update blog, mesti ramai yang rindukan anne..haha perasan..

Hari ni anne nak kongsikan 10 amalan harian untuk kurus..

Semua orang suka bila kurus kan..Anne pun suka juga, tapi anne nak berisi sikit..tapi bila anne berisi ia naik bahagian pipi...anne tak nak..nanti bila bergambar, tembam nampak muka anne..anne nak naik bahagian lengan ke, jari ke..hehe...

Okay straight to the point okay..

Amalan pertama yang sangat penting..

Jadikan air masak sebagai minuman utama..Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau minuman kegemaran anda, tapi selepas itu pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus / manis / berkarbonat / tin. Kajian menndapati secara purata orang ramai minum hampir245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/karbonat/tin.  Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan.


Amalan kedua

Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari.  Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat waktu pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari .  Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

Amalan ketiga yang orang malas nak buat kan!!!

Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa,  window shopping di pusat membeli belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain.  Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah payah dan tanpa anda sedari.

Amalan keempat yang sangat mudah

Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda

Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka.  Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera.  Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja bewarna biru. Dalam masa yang sama , elakkan warna merah , kuning dan oren  di ruang makan kerana warna tersebut di dapati membuka selera.

Amalan kelima yang tidak mudah bagi sesetengah orang

Buang pakaian besar anda

Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati , (tahniah anne ucapkan ye) pastikan anda sedekahkan atau buang pakaian lama anda yang sudah kelihatan besar di badan anda...Better jangan buang ye..sedekahkan jika masih elok...Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah kembali pasti menjadi motivasi untuk anda mengekalkan berat baru badan anda sekarang..

Amalan keenam yang lagi lagi senang

Guna pinggan yang kecil

Tahukah anda, lebih banyak makanan yang terhidang di hadapan anda maka lebih banyak yang anda makan, tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecil.

Amalan ketujuh

Makan bijirin untuk sarapan

Orang Malaysia dah terbiasa dengan sarapan nasi lemak , roti canai dan sebagainya..Apa kata tukar kepada gaya barat..Bukan untuk melupakan sajian tempatan tetapi sekali sekala tu bolehlah ambil nasi lemak atau roti canai ni..Tukarnya dengan ambil cornflakes atau koko crunch.. Bijirin ini bukan hanya untuk kanak-kanak tau, ianya juga sesuai untuk orang dewasa.  Mereka yang makan bijirin sarapan sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan.  Bijirin ini juga mengandungi serat, kalsium dan paling penting ia kurang lemak.


Amalan ke lapan 

Jangan tunggu terlalu lapar baru nak makan

Ini adalah kerana jika anda tunggu terlalu lapar baru nak makan , anda akan makan dengan jumlah yang banyak... Makan biar sedikit tapi kerap.  Tapi janganlah asyik nak menguyah je ye..Nanti jadi lain pula...

Amalan kesembilan

Makan dengan tenang dan perlahan

Secara saintifiknya  otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang .  Oleh itu, ambil masa untuk menikmati hidangan makanan anda, dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenti bila tiba waktunya.

Amalan kesepuluh

Makan buah-buahan

Jika anda mempunyai pilihan samada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan , pilih untuk makan.  Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

Jadi, kawan-kawan bolehlah amalkan amalan ini untuk mendapatkan bentuk badan ideal yang menjadi idaman kawan-kawan


credit to carauntukkurus.com






4 comments: