Wednesday, 5 June 2013

BUANG ANGIN, CIRIT BIRIT, LOYA HILANG DENGAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

Assalamualaikum kawan-kawan ... Hari ni Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai masalah angin atau gas dalam badan.

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

Ubahlah cara anda makan dan minum.  Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan.  Jika kawan-kawan merasakan dalam badan anda banyak angin, kawan-kawan mesti nak berjumpa doktor kan. Sebelum berjumpa doktor, kawan-kawan sebenarnya boleh mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin.  Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan adalah dengan buat ujian sendiri okay..Cuba dulu makan, kalau kawan-kawan sakit perut dan angin selepas makan, elakkan makan makanan tersebut lain kali okay..

Makanan yang mengakibatkan angin dalam badan adalah seperti :

1) Kacang
2) Sayuran seperti brokoli
3) Kobis
4) Taugeh
5) Bawang
6) Asparagus
7) Buah-buahan seperti pear, epal dan peach
8) Bijiran seperti roti gandum
9) Minuman ringan dan jus buah
10) Susu dan produk daripada susu dan keju
11) Makanan dalam paket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijiran dan sos salad.
12) Keledek

Terdapat pelbagai jenis petua untuk hilangkan angin dalam badan

1) Minum air halia
2) Minum air bawang putih
3) Minum Eno Halia

Tapi jika anda nak senang lagi , bolehlah mencuba 
RM45 sebiji 0.50 sahaja

Peppermint Ginger Plus Shaklee.


Ia merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur  dan dihasilkan di bawah prosedur standart dengan melalui penggunaan teknologi sains terkini.

Secara klinikalnya ia sangat membantu dalam menangani masalah

1) Loya
2) Gastrik
3) Mabuk Laut/Darat
4) Sendawa 
5) Penghadaman
6) Kencing Tidak Lawas
7) Melegakan Period
8) Cirit Birit
9) Menyamankan Perut

Manfaat Utamanya dalam 4 Herba yang terkandung di dalamnya

PUDINA 

1)Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.  

2)Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.

3)Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

4) Merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

5) Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

HALIA

1) Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun .

2) Ia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.

3) Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung , selepas melahirkan anak ( semasa pantang) 

4) Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia mengahalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita: penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat /mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan

POKOK ADAS (fennal)

1) Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakab gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)

1) Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.  

2) Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan , menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

REKOMENDASI

Untuk membantu penghadaman : 3 biji selepas makan

Untuk mencuci usus dan perut : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air panas suam untuk diminum

Untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba. ( Kawan-kawan boleh juga larutkan terus dalam air teh panas, jadilah Pepppermint Ginger Tea)

Untuk kelegaan tekak, batuk dan sendawa : Hisap 2 biji.

TIADA PERASA TIRUAN, PEWARNA atau BAHAN PENGAWET TAMBAHAN

Kawan-kawan yang ingin membeli bolehlah memilih untuk membuat pembayaran melalui CIMB atau MAYBANK..

BOLEH BELI SECARA ONLINE SEKARANG
HANYA HIGHLIGHT LINK, KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6c3a4ee6624ec8f6a1700123174d614e

Boleh juga hubungi Anne di

FB : Pinkgradesshop Encik Lopard
sms/whatsapp 0179688187
Shaklee ID 928105

Tuesday, 4 June 2013

MEALSHAKE SHAKLEE - NUTRISI LENGKAP UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR

Assalamualaikum kawan-kawan..Pejam celik pejam celik dah bulan Jun. Sekejap je masa berlalu..Sekarang musim cuti sekolah. Anak-anak yang paling gembira bila cuti sekolah kan..

Dalam gembira-gembira, kesihatan pun perlu dijaga..Keadaan cuaca yang tidak menentu, panas, hujan menyebabkan anak-anak mudah mendapat penyakit seperti selsema, batuk dan demam..Pencemaran udara dan faktor pembangunan yang pesat juga menyebabkan anak-anak yang mempunyai antibodi yang rendah akan kerap tidak sihat.

Shaklee mempunyai produk berbentuk minuman protein untuk menguatkan antibodi sebagai perlindung dari sebarang serangan virus yang boleh membahayakan anak-anak ketika ini..

Tahukah kawan-kawan apakah itu MEALSHAKE...

Ia merupakan  minuman bernutrisi yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian..

Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan , sayur-sayuran , kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunogglobulin , lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Siapakah yang boleh mengambil MEALSHAKE ini..

Untuk pengetahuan kawan-kawan, MEALSHAKE ini dihasilkan untuk semua golongan
1) Bayi (atas nasihat doktor)
2) Pelajar
3) Kanak-kanak sedang  membesar
4) Ibu mengandung
5) Para Atlet
6) Vegetarian
7) Orang sakit
8) Orang Sibuk Bekerja
9) Orang yang selalu mengambil makanan segera (makan tidak tentu)

* Jika kawan-kawan mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat , MEALSHAKE SHAKLEE adalah pilihan yang tepat sekali.

Kawan-kawan..Jom tengok manfaat yang ada dalam canister MEALSHAKE 544 gram ini..

1. Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.  Ia juga mengan1dungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
* sesuai untuk mereka yang 'susah' menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.


2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa)

Membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dll

3. Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar

4. Antioksida - Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan komponen anti-oksidan yang bertindak melawan jangkitan dan untuk melambatkan proses penuaan.
* Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan

5. Mengembalikan Seri Wajah  - Mengandungi Vitamin B yang lengkap , zat besi dan Copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

6. Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

7. Kelazatan rasanya -Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.

Selain itu juga, MEALSHAKE berperisa vanilla ini boleh :-

1) Mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan orang dewasa

2) Meningkatkan selera makan anak

3) Menangani masalah SEMBELIT pada kanak-kanak

4) Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

5) Amat sesuai diberi kepada anak-anak yang kerap selsema, demam dan batuk-batuk

6) Amat Bagus untuk orang dewasa yang ingin menambah berat badan ( diambil bersama Bcomplex,Vitalea)

7) Amat sesuai dijadikan instant sahur meal /breakfast sekeluarga


TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG PEWARNA DAN GULA TIRUAN. 
LAZAT UNTUK DINIKMATI OLEH SEMUA GOLONGAN
MEALSHAKE SHAKLEE

BOLEH BELI SECARA ONLINE SEKARANG..

HIGHLIGHT  LINK KLIK KANAN DAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ac55b967f3e3b0edccf5be563e4a6016

Jika kawan-kawan berminat, bolehlah hubungi
Anne di
FB : Pinkgradesshop Encik Lopard
whatsapp/sms /call : 017-96888187

Thursday, 23 May 2013

SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada kawan-kawan...
Hari ini Anne nak kongsikan mengenai Set Berpantang Shaklee kerana ramai kawan-kawan yang akan melahirkan tidak lama lagi..

ok...

Ibu-ibu hamil yang menunggu tarikh jangkaan bersalin mesti tercari-cari produk yang sesuai untuk berpantang nanti..Keinginan untuk cepat kurus, cantik, bertenaga, segar, mengembalikan keperawan membuatkan ibu-ibu tidak sabar untuk mengambil pelbagai jamu.

Tidak salah untuk mengambil jamu selepas 14 hari bersalin, namun ia boleh meningkatkan risiko bayi mendapat penyakit kuning menurut Pakar Perubatan Dr. Sharifah Khatijah Syed Hassan.. Apatah lagi jika ibu bayi memiliki darah jenis O. Menurutnya lagi, memang normal bayi kuning selepas dilahirkan namun ia adalah tanda awal kepada masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat.

Disini bukanlah Anne nak menyatakan tidak elok mengambil jamu tetapi kesan kepada bayi kawan-kawan sebab jamu adalah sebatian kompleks.Bila ibu makan jamu, elemen jamu dipindah kepada bayi anda melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk menapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu dan ini akan membebankan hatinya..

Ok, straight to the point..

Kita makan jamu untuk pulih tenaga, selain jamu terdapat suplemen yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana untuk kekal bertenaga , cantik dan segar disamping boleh mengembalikan bentuk badan kepada asal..(istiqamah dan bersabar)..Di sini Anne syorkan Set Berpantang Shaklee..

Kenapa kawan-kawan perlu memilih set ini kerana :

1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.

2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee

Berikut adalah produk yang disyorkan kepada Ibu berpantang...

1) Bcomplex dengan Asid Folik

- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
-  Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..

2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C

- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Zink
- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman.  Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan.  Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.  Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

5) Energizing soy Protein-  ESP
- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.
- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.
- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepat dan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil

6) Alfalfa
- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
- Membantu membanyakkan susu ibu.
- Membuang angin dalam badan dan
- Memulihkan urat selepas bersalin

7) Omega Guard
- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang
- Boleh mengurangkan sakit kepala
- Boleh mengekalkan tekanan darah normal
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.


Berikut adalah produk-produk yang terdapat dalam set berpantang..
Set Lengkap Shaklee

Omega Guard juga termasuk dalam set lengkap



BOLEH BELI SECARA ONLINE SEKARANG.

 HIGHLIGHT LINK TERSEBUT DAN KLIK KANAN OPEN LINK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=edd6a7e04e7f4dd932a5c44f282f9b4e

Disini Anne juga sertakan  link bagi pemakanan ibu yang berpantang dan menyusu

Bagi ibu-ibu dan kawan-kawan yang berminat, bolehlah menghubungi Anne di http://www.facebook.com/pinkgradesshop.enciklopard
whatsapp atau sms  0179688187...


credit to google.com
 

Saturday, 18 May 2013

PETUA HILANGKAN SEMBELIT dengan SHAKLEE

Assalamualaikum kawan-kawan..Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih bernafas dan dapat melihat wajah yang tersayang di pagi ini...

Hari ini Anne nak kongsikan petua dan cara untuk hilangkan sembelit yang boleh membawa kepada penyakit Buasir..

Dengar perkataan Sembelit mesti kawan-kawan dah terbayang kesakitannya...Ibu-ibu hamil juga biasanya mengalami masalah ini dan ibu-ibu yang tengah berpantang...

Jangan lah cuba meneran atau paksa ketika membuang air besar..opss bukan nak cerita yang kotor-kotor..tapi cuma nak berkongsi pengalaman...


Anne nak tanya kepada kawan-kawan :-

Adakah kawan-kawan

1) Sentiasa sakit ketika membuang air besar dan najis terlalu keras?
2) Rasa tidak selesa pada dubur seperti sakit dan gatal?
3) Keluar darah ketika membuang air besar?
4) Sukar untuk berjalan atau duduk disebabkan buasir
5) Sentiasa mengalami sembelit dan jarang sekali membuang air besar
6) Telah mencuba pelbagai cara termasuk membeli pelbagai jenis ubat dan krim untuk menghapuskan buasir namun ianya gagal dan sia-sia
7) Setiap kali selepas membuang air besar , anda terpaksa memasukkan semula benjolan yang keluar dari lubang anus



Jika YA..Mesti kawan-kawan dah terkena penyakit buasir....

Anne cadangkan kawan-kawan mencuba petua untuk hilangkan SEMBELIT ni dulu...

Cuba minum segelas susu dingin yang dicampur dengan sesudu madu setiap pagi dan petang.  Ini akan melunakkan kekotoran dan membersihkan usus dengan sebersih-bersihnya...

Kalau yang tidak suka minum susu bolehlah mencuba Ostematrix dari Shaklee untuk mengatasi masalah Sembelit yang boleh membawa kepada Buasir..

Harganya cuma RM61 dan cuma RM2.00 je sehari jika anda mengambil 4 biji sebelum tidur malam.


Anne pun amalkan Ostematrix ini kerana ia termasuk dalam Set Penyusuan 3M...Memang mudah nak ke tandas pagi-pagi hari..



Selain Ostematrix, HERBLAX juga sesuai untuk masalah sembelit ini..Gabungan kedua produk ini akan membantu menyelesaikan masalah kawan-kawan.


Janganlah bertangguh ye kawan-kawan..Elok-elok cuma ada satu je penyakit..Contohnya Sembelit je... Tapi disebabkan bertangguh dan tidak mahu merawatnya, alih-alih dapat dua jenis penyakit iaitu SEMBELIT dan BUASIR..

Apa yang penting, janganlah skip minum Air Masak..Amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter. sehari..Air bukan sahaja untuk hilangkan dahaga tetapi juga untuk tubuh badan kita..Kekurangan Air Masak bukan sahaja mengganggu sistem pencernaan kita malah kulit akan jadi kering dan mengundang banyak lagi jenis penyakit..

Post akan akan datang...Anne akan kongsikan kebaikan meminum air masak okay...

Sekian dulu..

Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut..


Bolehlah pm Anne di Fb : Pinkgradesshop Encik Lopard
https://www.facebook.com/pinkgradesshop.enciklopard?ref=tn_tnmn

atau sms/whatsapp 0179688187..
Shaklee ID 928105



Untuk membeli secara online boleh HIGHLIGHT link ini dan klik kanan open link

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7c99c295147d1724d147f57ca021b893

 Terima Kasih..


credit to google.com

Friday, 17 May 2013

SET RESDUNG SHAKLEE

Apa itu RESDUNG

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN

 - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

- Apabila kawan-kawan  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Kawan-kawan  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..



PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)

Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan.

Amalkan petua ini
 Jika kawan-kawan  ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.


Anne dah cuba dan Anne dapat rasa kesannya..Tidak mengecewakan..Kini , Anne nak berkongsi dengan kawan-kawan semua kebaikannya...Kepada semua kawan-kawan yang diluar sana bolehlah mencubanya...

Jangan malu untuk bertanya jika terdapat apa-apa soalan..
Boleh berhubung dengan Anne
di FB : Pinkgradesshop Encik Lopard
whatsapp/sms : 0179688187..

credit to google.com

Kawan-kawan boleh highlight link ini , klik kanan dan open link untuk membeli secara online .

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=71f2a06ddd81a01cbb537a99be9ef47b

Friday, 26 April 2013

SET KESIHATAN LELAKI DARI SHAKLEE

Assalamualaikum kawan-kawan..Berjumpa lagi kita pada hari ini..Bersyukur kerana kita masih bernafas dan semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan masih bersama keluarga yang tersayang..

Siapa yang tidak sayangkan keluarga? Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya...inikan kita manusia..mesti inginkan yang terbaik dalam kehidupan..

Semalam Anne dah kongsikan dengan kawan-kawan mengenai set untuk ibu-ibu..

Hari ni Anne nak kongsikan dengan papa-papa , abah-abah, ayah-ayah..mengenai Men's Vital Health Set dari Shaklee

Set ini lengkap untuk lelaki yang mementingkan kesihatan dirinya..

Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Nak - nak lagi kalau lelaki itu merokok..Agaknya bilalah papa-papa ni nak berhenti merokok kan..Sedangkan mereka tahu yang merokok membahayakan kesihatan.

Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

- Mati pucuk
- Pembesaran prostat
- Kelesuan
- Kurang tenaga dan stamina

ok.. straight to the point...


SET MEN"S VITAL HEALTH mengandungi 3 produk dan kelebihannya tersendiri

1. Omega Guard 
- Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain
- Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
- Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fumgsi sendi

2. Zinc Complex
- Membantu meningkatkan kualiti sperma
- Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
- Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
- Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
- Mencecah masalah mati pucuk
- Mengelakkan masalah keguguran rambut

3. Vitamin E
- dapat menghasilkan sperma yang lebih banyak
- dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
- meningkatkan paras testosteron di dalam badan



MEN'S VITAL HEALTH SET
Antara kebaikan Set ini..

1) Memelihara kesihatan prostat*
2) Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan*
3) Memelihara jantung yang sihat*
4) Membantu mengekalkan tekanan darah normal*
5) Mengawal tahap kolestrol yang sihat*



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis    penyakit.


 Okay..kawan-kawan atau papa-papa yang mementingkan kesihatan dan yang sayangkan keluarga mereka bolehlah hubungi Anne di

fb: Pinkgradesshop Encik Lopard
sms/whatsapp : 0179688187

Setiap hari ada special price untuk kawan-kawan Anne...Jadi Let be Friend dan follow blog Anne yang tak seberapa ini..

Hadiahkan suami anda atau beli untuk diri sendiri atau ayah anda...Kerana kesihatan tidak boleh dijual beli...
Apa guna duit yang banyak jika anda tidak sihat...

Untuk membeli secara online . boleh highlight link di bawah , klik kanan dan open link

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b1a6da1fe555b20268bf9ce70ed980e7
Sekian, terima kasih.

Credit to google.com and Total Wellness Book from Shaklee..

Thursday, 25 April 2013

SET HAMIL SHAKLEE

Assalamualaikum Anne ucapkan pada kawan-kawan yang setia memfollow blog Anne yang tak seberapa ini.
Hari ni Anne nak berkongsi cerita mengenai Set Mengandung Shaklee yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu hamil yang inginkan sesuatu yang terbaik pada bayi yang dikandung.

Setelah tahu diri kita hamil..Itu adalah kenangan paling seronok kan..Tapi bila ada alahan atau masalah, mesti kawan-kawan rasa macam-macam..Ada yang tidak kuat semangat dan mudah putus asa dan menyebabkan kemurungan atau masalah lain semasa hamil.

Jika yang ada keturunan dalam keluarga menghidap penyakit kencing manis, lagilah rasa tertekan dan stress sebab kena minum air gula dan kena buat ujian BSP...

Jika yang kuat 'morning sickness' nya, lagilah tak berdaya...Nak makan tak selera.  Badan pun jadi lemah sebab tak makan..Kalau makan muntah-muntah dan macam-macam lagi..Jika anda boleh makan buah-buahan, cubalah isi perut dengan buah-buahan.Cuba makan kurma, kismis atau buah-buah yang berkhasiat.  Tapi jika yang ada masalah kencing manis ketika mengandung pula tidak boleh makan sebarangan kerana bimbang akan meninggikan lagi bacaan ketika ujian BSP..

Wah, panjang lebar pulak..straight to the point..

Shaklee menjadi teman Anne ketika mengandung anak ketiga..Tapi kadang-kadang ada jugak skip..Hihi..

Okay, bila disahkan hamil, klinik akan beri asid folic pada trimester pertama. Kemudian bekal obimin, calcium, iron, dan lain-lain...Obimin tu dahlah besar pada orang yang susah nak telan ubat kan...(Tapi besar dan kecik xde masalah, sebab ubat-ubat tu dikunyah oleh Anne , kalau keras, blender je)...

Melalut lagi..okay straight forward ....

Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER PERTAMA

1. Vitalea - Multivitamin yang tebaik dengan zat besi.  Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah..Jika ibu-ibu mengambil vitalea, tidak perlu lagi mengambil obimin okay..

2. B-complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic.  Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.  Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.

3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.  Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4.Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix  mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.  Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.

5. ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh.  Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.

Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER 2 dan 3 

Ibu-ibu perlu mengambil vitamin-vitamin seperti di atas dan cuma perlu menambah satu lagi vitamin iaitu

Omega Guard - Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi

SET HAMIL LENGKAP




Sekian sahaja mengenai set hamil Shaklee untuk hari ini..Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi  
Anne di 
fb : Pinkgradesshop Encik Lopard
sms /whatsapp 0179688187..
shaklee id 928105...

Boleh juga beli secara online , highlight  link ini, klik kanan dan open link

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b5c480f68b9454070586dd8151546e16

Berikan yang terbaik buat anak anda., bermula dari dalam kandungan lagi...


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit