Tuesday 14 July 2015

Ikan Siakap Tiga Rasa style Anne

Assalamualaikum..lama betul rasa tak update blog Anne ini..
Biasalah...sebab kesibukan kerja harian..
Tapi hari ini Anne ada masa terluang untuk menaip sesuatu yang nak dikongsi dengan kawan-kawan Anne..

Anne nak kongsi resipi Ikan Siakap Tiga Rasa Style Anne

Baru ni balik kampung...Ibu nak masak resipi ni lah.. Okay ibu pun tak pernah try masak sendiri resipi ni..macam anne juga..biasa makan di kedai je..

Jadi ibu suruhlah ayah google..

Ayah pun google lah..dan ibu pun masaklah...
Sedap ikan yang ibu masak..
Tapi lepas makan baru tau yang ayah google tu rupanya resepi untuk sweet sour...hihi..

Makan ramai-ramai memang best, sampai dua ekor pun tak cukup..Masa tu ibu masak juga sambal udang dan petai..Tapi anak-anak sedara serbu ikan dulu..

Nak dijadikan cerita, haikal pun bertanya..Mama pandai tak masak ikan macam tu...Mama pun berkata: Pandai apa.. Haikal tanya lagi, mama tau ke resipi dia.. Mama kata mama tau ... Mama google je nanti ..hihi.
Pakcik Google kan ada..

Google punya google, Anne pilih satu resipi ni..

Tapi Anne tak ikut 100% lah.. sebab ada bahan yang takde kat TF Bentong ni..Anne beli bahan-bahan je..

Bawang besar,
Bawang Putih, 
Halia, 
cili api,
lada benggala warna merah dan hijau, 
cili besar, 
daun limau purut 
Sos Cili,
Sos Tomato,
Sos Tiram 
Limau Nipis
dan tomato..

Ikan beli kemudian, suruh Abang Anne beli.sebab Anne ni takut tengok ikan besar-besar ni..Masa tu pulak baru lepas balik kerja, jadi shopping sorang-sorang je..Abang pulak pergi servis kereta..Jadi Ikan sampai lamabt ke rumah..

okay dah ready untuk resipi Anne

Mula-mula sediakan bahan berikut

Bahan Tumis

3 Biji Bawang Putih- Dihiris
5 Biji Cili Api- Dihiris ( kalau suka pedas, boleh letak banyak)
Sedikit Halia- Dihiris
Beberapa helai daun limau purut

Bahan dipotong dadu

Bawang besar 
Cili Benggala merah dan hijau( nak letak kuning sekali pun boleh)
tomato

okay berikutnya,

Goreng Ikan dahulu..Untuk hilangkan hanyir ikan , gula limau nipis untuk sental ikan dan kemudian  lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam .


Cara -caranya 

Tumis dulu Bahan-bahan ni dan masukkan beberapa helai daun limau purut.
Selepas dah naik bau, masukkan Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram dan Daun Limau Purut..dan Lepas tu Anne masukkan Air.. Agak-agak air tu untuk kuah ikan nanti.Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.

dah nampak nak pekat tu , Anne letak bahan dipotong dadu tadi dan siap...


SIAKAP TIGA RASA STYLE ANNE
Mangkuk tak leper..tu tak nampak sos nya..hihi..nampak aksesori je..

Apa-apa pun percubaan pertama berjaya...

Terima kasih kerana sudi membaca..