Friday 15 March 2013

PETUA HARIAN

Assalamualaikum anne ucapkan kepada kawan-kawan..Rasanya dah lama tak update blog ni...Anne busy sikit dengan kerja pejabat...Hari ni Anne ada terbaca suratkhabar Utusan..Ada beberapa petua yang Anne nak kongsikan kepada kawan-kawan..

1) Kepada ibu-ibu yang baru bersalin yang menghadapi masalah susu kering mungkin boleh mencuba petua ini untuk merangsang air susu...

Ambil beberapa helai daun durian belanda, rebus dan minum airnya. Air rebusan ini bukan saja baik untuk merangsang susu ibu, bahkan boleh mengeluarkan peluh sebagai kaedah rawatan selesema, demam panas dan batuk..

2) Jika anda mengalamai kesan terbakar pada kulit, bolehlah mencuba petua ini.  Buah delima memang diketahui mempunyai banyak khasiat.  Begitu juga dengan bunganya yang membantu melegakan kesan terbakar pada kulit.  Caranya, tumbuk halus bunga delima dan dicampur minyak bijan untuk dijadikan ubat dan pupuk pada tempat terbakar.

3) Bisul...Kalau terkena pada kita, mesti tak selesa kan, Kalau orang-orang tua dahulu berkata, jangan duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul..Sedangkan bisul terjadi apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.

Anda mesti tidak tahu daun betik yang biasanya dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan boleh melegakan bisul. Anda cuma perlu tumbuk lumat dan sapu pada ulser, bengkak,bisul, sakit sendi dan luka bernanah.  Air rebusan daun betik juga boleh diminum untuk melegakan asma, malaria, darah tinggi dan membunuh cacing dalam usus.

4) Petua yang berikut ini amat berguna kepada perokok-perokok diluar sana..Ini kerana rokok boleh mengaratkan gigi.  Gigi yang berkarat boleh menjejaskan penampilan diri..Tapi janganlah bimbang kerana ada beberapa petua lama yang mudah untuk memutihkan dan mengilatkan gigi tanpa perlu membeli alat pemutih gigi yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang tidak diketahui kesannya kepada diri kita.

Antara petuanya ialah, bakar beberapa helai daun kelapa kering, ambil abunya dan gosokkan pada gigi setiap pagi.  Lakukan berulang kali dan In Syaa Allah gigi anda akan putih berkilat..

Harap kawan-kawan dapat mencuba petua-petua tersebut dan bolehlah berkongsi pengalaman anda di ruangan komen..

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca...

Sesungguhnya tiada penyakit yang tiada penawarnya , kecuali mati...

Wednesday 6 March 2013

TEKNIK MEMBACA BUKU KEPADA ANAK-ANAK

Salam anne ucapkan kepada kawan-kawan..Hari ini anne nak kongsikan mengenai teknik membaca buku kepada anak-anak...

Mesti kita pernah membacakan buku kepada anak-anak sebelum tidur, masa lapang, masa anak masih bayi dan lain-lain. Teringat masa haikal kecil..anne memang rajin bacakan dia buku...siap buat gaya dan bunyi lagi..yelah, masa tu haikal seorang, boleh laungkan banyak masa untuk dia...

Sekarang, anne dah kurang membaca untuk anak-anak( baca buku sendiri je), haikal pulak dah pandai baca buku sendiri..sejak 5 tahun dia dah pandai membaca...

Jadi mia dan aaron kadan-kadang je anne bacakan buku...sori sayang..hihi...

Okay, straight to the point...

Terdapat beberapa panduan yang boleh anda ikuti dalam usaha membacakan buku kepada anak-anak yang berusia di antara dua hingga lima tahun..

  1. Ibu atau bapa bertindak sebagai pencerita
  2. Anak-anak berada dalam keadaan selesa sama ada dia berada dalam keadaan duduk mahupun berbaring sebelum tidur
  3. Daya tahan tumpuan si kecil hanya 45 saat.  Oleh yang demikian, adalah baik jika anda melibatkan mereka di dalam aktiviti membaca ini.
  4. Ibu dan bapa perlu membunyikan setiap bunyi umpamanya haiwan yang terdapat di dalam buku. Contohnya bunyi kucing-miaw miaw, bunyi katak - aung gedek-gedek, bunyi anjing-aouk aouk...betul ke ni..hihi..
  5. Minta anak-anak lakonkan setiap watak yang terkandung di dalam buku.
  6. Ulang tanya kepada anak-anak selepas memberitahu mereka tentang sesuatu perkara.  Contohnya , " Siapa nama ibu Ali yang mama beritahu tadi?"
  7. Bagi membacakan buku sebelum tidur, dapatkan buku yang halamannya kurang daripada empat muka surat.

Dalam usaha mengajar si kecil, bolehlah perkenalkan anak-anak anda yang berusia setahun dengan buku yang terdiri dari material kain dan plastik yang tidak tajam.  Buku-buku yang berwarna, berbulu,bergerigi ataupun berlubang juga amat sesuai untuk mereka.

Seterusnya, amalan membaca ini perlu diteruskan sepanjang hayat si manja. Ajar anak anda adab mengenai buku dan sayangkan buku.  Pada usia anak anda seawal dua tahun, mereka perlu memahami bahawa buku tidak boleh dipijak, diduduki mahupun dikoyak.

Dengan mengamalkan adab tertentu dalam mencari ilmu, tentu sahaja aktiviti membaca dan bercerita yang anda lakukan  bersama anak-anak berbeza berbanding sebelumnya.

Selamat mencuba dengan anak-anak anda..Jadikan membaca sebagai budaya..Membaca jambatan ilmu..

credit to Majalah PA&Ma bulan Mac 2013

Monday 4 March 2013

AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum anne ucapkan kepada kawan-kawan..
Hari ni anne nak bagitahu kawan-kawan yang anne dah sah menjadi ahli dan pengedar shaklee..

ID NO 928105...

Ceritanya camni...Anne dah guna produk Shaklee ni sejak tahun 2011 lagi..Beli secara online dan kebetulan masa tu anne rasa susu macam nak merudum..Layan-layan fb ternampaklah ada post pasal susu yang dipam dalam masa 20 minit tapi dapat sampai 2 botol penuh...terujalah.

Jadi anne pun try lah befriend dgn Zura Betty...tuan punya susu tu ...tanyalah dia apa yang membolehkan dia dapat 2 botol penuh dalam masa 20 minit..rupanya dia makan supplement, selain dari berdoa ataupun zikir yang diamalkan..

Anne xterus beli...masih dalam proses mencuba petua2 tradisional, minum air longanlah dll..tapi masih sama..

Anne macam teragak-agak nak membeli masa tu sebab Zura kata kalau set yang dia bagitau tu xblh dimakan bagi wanita yang mengandung..sebab dalam set menyusu tu ada Alfalfa..Alfalfa xboleh tau dimkn oleh wanita mengandung..Ingat !!!!  X BOLEH ....kalau yang xkuat, boleh keguguran...

Xtau nape berat je hati masa tu...Dah ada smpn pregnancy test kit kat rumah...pagi tu anne ceklah..rupanya anne dah mengandung...patutlah anne berat je hati...sebab anne ni kalau mengandung,still datang bulan..cuma sikit2 je yang kuar...Patutlah susu anne makin berkurang agaknya...dah dekat 3 bulan..Anne perasan anne kurang selera makan nasi, dan xsuke makan benda yang anne suka makan..tu yang agknye anne teragak2..naluri hati tu memang betul kan...

Jadi anne cube jgk produk shaklee..cuma disebabkan anne mengandung, set menyusu tu Zura tukarkan alfalfa ke Osteomatrix....Osteomatrix ni bagus..nanti anne kongsikan dalam post yang berikutnya ok...

anyway, thanks to Zura Betty kerana perkenalkan anne kepada produk shaklee...



Ni lah starter kit shaklee...buku manual pun dah koyak(rajin sgt study gayanya....) sebab study dgn anak2..mia yang koyak kan....hihi..






Sunday 3 March 2013

PETUA UNTUK MUNTAH - MUNTAH DAN CIRIT - BIRIT

Assalamualaikum...

Bersyukur kerana masih bernafas dibumi ini...Rasanya dah lama xupdate blog selepas post Setia Hujung Nyawa..hari tu anne nak sambung pasal ending cerita kan,tapi xsempat...sebab 2 minggu lepas anne sekeluarga diserang virus cirit birit..

Mula-mula mia yang kena.  Balik dari taska petang khamis7 hb Feb 2013 terus muntah lepas batuk-batuk..
Lepas tu mia mintak susu..mia kalau time batuk2 dan minum susu, mesti muntah...Lepas tu dia terbaring je..Bila makan asyik muntah..dan cirit birit...

Esoknya Mia masih x ok...Bawak g hospital,doktor cakap kalau dia cucuk,nanti lagi kuman kat tempat cucuk tu...kesian dekat mia..doktor cek tekak mia.  mia nangis xnak bukak mulut walaupun doktor dah masukkan batang aiskrim...tapi bila dia nangis,dapatlah suluh sikit dan nampak tekak dia...merah tekak mia doktor kata...dan kuar airmata sebab nangis..doktor kate mia masih ada airmata , jadi masih ada air dalam badan dia,,kalau nangis xde airmata tu maknanya dia dah terhidrat dan bahaya...kalau dah jadi cmtu baru masuk air doktor kate...

Anne EL arini untuk jaga mia..petang tu amik Haikal dan AAron...
" HAikal pun tanya, kenapa mama pakai baju camni" yelah sebab mama pakai seluar bukan baju kurung kn..
" mama pun cakaplah yang adik sakit.  mama jaga adik.."

 pastu sempat gi rumah makcik manih utk hantar dokumen yang makcik manih mintak faxkan..
dah lama xjumpe opah...haikal suka sangat main umah opah sampai xnak balik.siap makan nasi lagi..
mia plak sempat muntah..mama plak sempat tadah..aaron sempat yak...
lepas tu muntah pulak...aduh macam2 jadi kat umah opah...cian opah.cucu dah lama xdatang, pastu datang buat sepah plak yek..tapi opah sayang cucu kan..

start malam tu AARON plak cirit birit...cian...num susu yak, mkn yak...jadi kurus cam mia...perut ramping tak payah pkai set kuruskan badan pun..

wah panjangnye cite...selepas tu haikal plak yang berjgkit..haikal lagi teruk... muntah2 dan cirit birit sampai pucat2 muka...kurus sangat..mia g dua hospital..hospital bentong dan mentakab..dua2 dapat serbuk garam je..haikal di 2 klinik..klinik kiru dan klinik eliza..lepas haikal, mama pulak yang kena, nasib kena kat mempaga dan ada ibu ayh..boleh tlg jaga anak sementara anne sakit...anne pergi klinik kesihatan dan klinik eliza baru pulih sepenuhnya...tapi xdelah muntah..cuma xdaya nak ke tandas...lembik sbb xmakan.nak makan pun takut..takut sakit perut...

Sebenarnya intro je tu...anne nak kongsikan petua - petua kalau anak muntah dan cirit birit.

DO'S
1) Kalau muntah2, ikat tali kasut kaler hitam yang dah dipakai.(ayah yang bagi petua ni, tapi memang xmuntah lepas tu)

2) Kalau cirit - birit , minum air tepung gandum ( Rendam tepung dalam air masak.bila tepung dah mendap di belah bawah, amik air ia dan minum...(Petua ni ibu suh buat dari awal lagi, tapi takut nak percaya sebab org kate ada bahan peluntur lah dalam tepung gandum...tapi sebab pn.nurul pun bagi petua yg sama, maknanye selamatlah tu yek..sebab dah ada testimoni)

3) Minum air yakult dan seangkatan dengannya sebab ada bakteria baik...ada prebiotik...masa g klinik eliza pun doktor bagi prebiotik untuk bancuh dgn air.  aikal minum..tapi ubt2 kat klinik eliza yang lain mcm ubt cirit buat haikal muntah..dah papa berjangkit plak sebab papa yang kemas muntah haikal masa tu.

DON'T

1)Susu dan produk tenusu, seperti aiskrim, keju.
2)Minuman mengandungi kafeina, seperti kopi, teh.
3)Makanan berminyak dan makanan bergoreng seperti mi goreng, ayam goreng.
4) Makanan berserat tinggi, seperti buah-buahan sitrus. 5)Makanan manis, seperti kek, biskut, kuih-muih tempatan.

papa plak mc 1 hari...nasib cepat sembuh..papa g klinik sk ng..doktor pun cakap sekarang ada virus...

Apa yang anne perasan, kalau musim hujan mesti air akan tercemar...ALHAMDULILLAH kami sekeluarga sembuh lepas seminggu sakit...itupun kami minum air mineral ...takut nak minum air yang dimasak untuk sementara waktu ni..
tapi anak-anak TASKA HANANI ada lagi yang masih kena cirit birit ni..sebab ia kn berjangkit..cuma yang dah kena, janganlah kena lagi kan..
 
SO hati2 lah...SHARING IS CARING...