Thursday 31 January 2013

SETIA HUJUNG NYAWA

Assalamualaikum kepada kawan-kawan anne...hari ni anne nak kongsi pasal cerita Setia Hujumg Nyawa yang ditayangkan di TV3 setiap Isnin - Khamis.. Mesti ramai kawan-kawan yang suka tengok cerita ni kan...Sebenarnya anne xlayan pun cite ni pada awalnye...

Tapi tertengok 1 hari tu..nmpk sweet plak cite ni dan masa tu kak long pulak sibuk suh cari buku ni...dia cari di Popular Wangsa Walk dah sold out...

Disebabkan kerimasan kerap ditanya2, ringankan kaki ke library tepi pejabat...(Sebelum ni memang rajin ke library) tapi kena kontrol akhir2 ni sebab nak habiskan buku yang diborong dulu....banyak xhabis lagi...dah boleh bukak library kat umah...sambung balik cerita...nak dijadikan rezeki along, masuk je dalam library, tgk kat rak,pandang kejap je dah terjumpa buku yang dicari....gembiralah...pastu masa nak pinjam, orang tu pun cakap, Setia Hujung Nyawa...ni buku yang ada orang cari tadi..tapi saya yang jumpa..hihi...

Jadi ku simpan Sayangku Casper yang sepatutnya dah kena pulang minggu lepas, dan mula baca Setia Hujung Nyawa...( along nak pinjam dulu, tapi dengki...tunggu adik baca habis dulu)...sampai sekarang tak habis lagi...satu lagi buku library yang ku buat harta...pinjam berminggu-minggu..padahal boleh pinjam 2 minggu je....
Inilah keadaan buku tu..tapi masa pinjam dah memang kenyuk ok...Sekarang dah terjebak tgk cite kul 7..hbs cite ni xnak dah tgk...tlg tv3..jgnlah ada cite besh2 lg...sebab biasanya time tu anne pasang astro oasis untuk dengar zikir2 dan selawat sementara menunggu waktu azan maghrib....dan biasanya waktu tu lah anne masak..tapi sebab zain dan L...jadi lambat keje...tapi still maintain..keje tetap keje,tanggungjawab pada keluarga...hbs cite masak cepat2 nanti lapa anak yek...Abang anne pun layan cite ni..dia kate ada 3 ekor syaitan dalam cite ni...Hady,Eriza dan Ikram...pepun, jadikan cerita yang kita tonton tu sebagai pengajaran..jangan tengok satu2 cite tu sebab hero dan heroin nya sahaja..jadikan pengajaran untuk perbaiki diri dan kalau yang tengok dengan anak-anak tu cite pasal do and don't nye.....

Sekian untuk entry kali ni..nanti anne habis baca buku ni anne cite ending dia ok...sebab xhabis lg ni...bz dengan keje pejabat,dengan anak-anak dan keje 2 len...huhu.tapi sempat update blog ku..huhu....
                                                                                                                                                                                                                     

Monday 28 January 2013

TUHAN CUMA SATU....

Assalamualaikum kepada kawan-kawan...Semoga pagi ini dimulakan dengan penuh bersemangat dan ceria..

Hari ini adalah hari cuti bagi beberapa buah negeri yang ambil cuti Hari Thaipusam...

Tapi bukan pasal Thaipusam yang Anne nak cerita hari ni...tapi mengenai apa yang masyarakat kita selalu sebut tanpa mereka sedari apa yang mereka sebut itu boleh membawa kepada murtad..

Selalunya kalau kita nampak tokong cina, patung bentuk gajah dan sebagainya, apakah  yang kita jelaskan kepada anak kita yang bertanya "mama apa itu"??  Mesti kita jawab itu tuhan mereka kan? Nauzubillah...
Menurut ustaz Bakri yang datang memberi ceramah di pejabat tempoh hari, kita boleh dikira murtad kerana kita telah menduakan Allah swt...

Ini adalah kerana , Tuhan cuma ada seorang sahaja...cuma satu...dan Esa..

Sebelum ini kita tidak tahu dan bolehlah kita perbetulkan kesilapan kita dan jangan ulangi lagi kerana anak kecil yang mendengar akan ingat sehingga besar dan boleh ulangi kesilapan yang sama macam kita...

Jawab lah itu adalah patung kepercayaan orang India atau tempat mereka bersembahyang mengikut kepercayaan mereka...

Tuhan cuma satu... ALLAH swt...ALLAH kita adalah tuhan mereka juga...cuma bezanya agama kita Islam dan mereka adalah kafir...tapi mereka juga akan dihisab seperti  kita..

Cuba kita perhatikan lagu negeri kita semua dimulakan dengan YA ALLAH...sedangkan penganut agama lain juga menyanyikan lagu yang sama...mereka juga menyebut ALLAH....jadi renung-renungkanlah dan semoga post ini dapat memberi info kepada kita yang masih belum tahu , kerana Anne percaya ramai di luar sana pun ada melakukan kesilapan yang sama macam Anne juga...



Sharing is caring.......

Friday 18 January 2013

TIPS ADAB BERDOA

ASSALAMUALAIKUM kepada kawan-kawan..

Bersyukur kerana kita masih bernafas dan dapat meneruskan hari ini.  Moga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Hari ni Anne nak kongsikan dengan kawan-kawan mengenai tips adab berdoa ..

Antara adab berdoa, kita hendaklah mengakui segala dosa yang dilakukan dan segala nikmat yang Allah berikan ketika berdoa.

Sebagai contohnya, perhatikan satu doa yang diajar Baginda yang dikenali sebagai " Penghulu Istighfar ".  Nabi bersabda yang bermaksud: " Penghulu Istighfar iaitu kamu mengatakan : ' Ya Allah, engkau Tuhanku , tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.  Engkau telah menciptakanku.'

'Aku pula hamba-Mu dan terikat dalam perjanjian dengan-Mu sesuai dengan kemampuanku.  Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan sesuatu yang aku lakukan.'

'Aku mengakui segala nikmat yang Engkau telah berikan kepadaku dan aku mengakui segala dosa yang aku lakukan.  Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa selain Engkau.'

Baginda melanjutkan dengan mafhumnya:  " Sesiapa yakin mengucapkannya doa ini pada siang hari dengan yakin, kemudian dia meninggal  dunia sebelum esok hari, maka dia termasuk penghuni syurga.  Dan sesiapa yang mengucapkannya pada malam hari dengan yakin, kemudian dia meninggal dunia sebelum pagi hari, maka dia termasuk penghuni syurga."

(Riwayat al-Bukhari)






Friday 11 January 2013

CERAMAH AGAMA BERTAJUK TAUBAT

Assalamualaikum diucapkan kepada kawan-kawan dan seluruh umat Islam di dunia ini...Syukur kerana kita masih bernafas di Pagi Jumaat yang indah ini..Hari ini anne akan berkongsi apa yang anne tahu serba sedikit dari ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Junaidi pada pagi ini..

Tajuk ceramah pada pagi ini adalah Taubat..

Taubat mempunyai 3 syarat

1) Tinggalkan dosa yang dilakukan

2) Menyesali perbuatan yang telah dilakukan

3) Berazam tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukan

Kalau kita tiada perasaan untuk menyesali kesalahan yang kita lakukan maknanya kita sudah jauh dari rahmat Allah swt..

Dosa dengan Allah swt boleh dihapuskan dengan bertaubat, tetapi berdosa dengan manusia kita perlu meminta maaf dengan orang tersebut dan juga Allah swt...

Jangan disebabkan kita tahu Allah swt itu Maha Pengampun dan Penyayang, kita dengan mudah melakukan dosa kerana berpendapat dosa kita akan terhapus jika kita bertaubat...

Kesimpulannya ..Islam itu Indah..Iman itu nikmat Allah.. Cinta itu kurniaan Allah....

Belajarlah mendalami Islam selagi kita masih hidup...dan beribadatlah seperti kita akan mati esok....

DOA HARI JUMAAT


Drp Muhammad bin Al-Munkadir katanya, aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata: 


Aku pernah memperlihatkan doa ini
 (La iLaha iLLa Anta, Ya Hannan Ya Mannan, 
Ya Badi'ussamawaati waL Ardh, Ya DzaL JallaaLi waL Ikraam) 
kpd Rasulullah s.a.w lalu beLiau besabda: 
Sekiranya doa ini digunakan untuk memperoLehi sesuatu yang ada 
di antara Timur dan Barat dalam satu saat dari Hari Jumaat 
nescaya dimakbuLkan oleh ALLAH untuk 
org yg berdoa itu...




IniLah doa Agung di Hari Jumaat...
Maksud doa tersebut 






"Tiada Tuhan yg berhak disembah dgn sebenar melainkan Engkau 
wahai Dzat Yang Maha Penyayang, 
wahai Dzat Yang Maha Pengurnia,

 wahai Dzat Yang Maha Pencipta petala langit dan bumi tanpa contoh, 
wahai Dzat Yang Maha MemiLiki Kebesaran dan KemuLiaan..."

Selepas itu mohonlah hajat yang baik2 terutama hajat yg berkaitan ukhrawi...




 Ameen.


 


 


 

Wednesday 9 January 2013

SUNNAH RASULULLAH SEBELUM TIDUR

assalamualaikum..
 
Hari ni anne nak kongsikan Sunnah Rasulullah sebelum tidur...kawan-kawan jomlah amalkan..supaya hidup kita diberkati dan mendapat pahala walaupun mungkin kawan-kawan rasa perkara camni remeh temeh je...
 
 
 



Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:
1.   Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.
2.   Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.
3.   Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
4.   Membaca  4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia
5.   Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang
6.   Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat
7.   Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita
8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan:
Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.
 
credit to mamat.my for the info.....

Tuesday 8 January 2013

TIPS UNTUK KESIHATAN

Salam...hari ni anne nak kongsikan tips untuk kesihatan badan kita ...mari kita amalkan ok...


1. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.  Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit ( susah nak kena sakit)


2. Mandi Pagi sebelum subuh sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.  Air sejuk yang meresap   ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.  Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk 


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertakafur ( iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa.  Ia boleh mengelak daripada sakit pening atau migrain..  Ini terbukti oleh para saintis yang  membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud..Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.  Dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Kalau yang no 1 tu selalu anne amalkan ...yang no 2 tu kadang2...sebab biasa bangun kul 6, matahari terbit 7 lebih...kalau nak 2 jam sebelum matahari terbit kena bangun kul5 lah kan..tapi anne pernah bangun sebelum azan subuh dan mandi..memang air pada waktu tu xsesejuk kalau kita bangun kul6..segar je tau...jadi kawan-kawan yang nak kurus, kena bangun awal tau ....xpayah beli produk yang mahal-mahal untuk kuruskan badan...kalau yang no 3, xpernah buat....lepas ni kena buatlah kan...so kawan-kawan...yang belum pernah amalkan...amalkanlah yek....untuk kebaikan kita bersama-sama..

Sharing is caring...but not all things can share ok my friend....

Thursday 3 January 2013

ENTRI PERTAMA SEMPENA TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum w.b.t /لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Syukur kepada Allah swt kerana kita masih bernafas pagi ini..  Sempena tahun baru 2013 (1434-1435 H) ini, baiklah kita bermuhasabah diri sendiri... Adakah kita rasa apa yang berlaku pada tahun lepas seiring dengan apa yang kita inginkan??? 

Bermula tahun baru, pastilah semua mempunyai azam yang baru. Jadi berusahalah untuk mencapai azam yang kita sematkan dalam hati .  Jadikan apa yang berlaku pada tahun lepas sebagai pengajaran dan berusaha memperbaiki kekurangan diri dan berusahalah untuk ke arah kebaikan bukannya keburukan .... 
 
Setiap perkara ada gantinya..Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya... 

Lihat kekurangan diri sendiri sebelum menilai kekurangan orang lain.